..

..

WOW ! MB SELANGOR JAWAB SEKSI SELENA GOMEZ CIPTAAN TUHAN , SINDIRAN JENAKA KEPADA BANTAHAN PAS ?

on Wednesday, July 20, 2016 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 2 Comments




Kerajaan negeri Selangor tidak akan membatalkan konsert Selena Gomez, selagi penganjur dan penyanyi terkenal itu boleh mematuhi semua syarat ditetapkan.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang dipetik Sin Chew Daily berkata, setahu beliau, permohonan yang dikemukakan penganjur konsert itu 10 hari lalu akan diluluskan Majlis Bandaraya Shah Alam jika pihak terbabit boleh mematuhi semua peraturan ditetapkan.

 “Seksi adalah ciptaan Tuhan, ada orang seksi, ada yang tidak seksi, ada orang cantik, ada yang tidak cantik. Kenapa kita perlu kisah dengan keseksiannya dan bukan lirik atau lagunya?” soalnya ketika menghadiri majlis rumah terbuka Aidilfitri Majlis Bandaraya Shah Alam, petang ini.

Jawapan Azmin itu menyebabkan semua wartawan yang hadir di sidang media itu ketawa. Tegasnya, rakyat perlu menghormati setiap bulan, bukan bulan Ramadan dan Syawal sahaja. 

Ditanya jika beliau mengenali Selena, Timbalan Presiden PKR itu berkata, beliau tidak kenal penyanyi terkenal itu. Semalam, Pemuda PAS menggesa pihak berkuasa menyekat persembahan konsert bintang pop remaja itu yang dijadualkan berlangsung di Stadium Malawati Shah Alam pada 25 Julai ini, kerana mendakwa ia merosakkan akidah umat Islam.

 Pengerusi Lajnah Dakwah Pemuda PAS, Hafez Sabri turut menggesa Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) mengeluarkan surat rasmi bagi tujuan itu.

Beliau berkata, kerajaan perlu merujuk Garis Panduan Hiburan terbitan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) sebelum meluluskan sebarang penganjuran konsert. Konsert Selena Gomez merupakan sebahagian siri jelajah The Revival Tour yang bermula di Amerika Syarikat Mei lalu. Sebelum ini, konsert Selena di Kuala Lumpur pada 2014 terpaksa dibatalkan atas sebab kesihatan


Komen GPB 

Macam tu saja sindiran MB Selangor Azmin ALi kepada Pemuda PAS yang yang gesa pihak berkuasa sekat konsert Selena Gomez sebab perlu hormati bulan Syawal .  Kalau Khalid Ibrahim jadi MB Selangor mungkin tak seperti itu jawapan berbanding liberal Azmin Ali .

Di mana maruah Pemuda PAS yang dimalukan Azmin Ali depan semua wartawan sehingga ketawa ?

Beranikah PAS membuat demo bantahan Selena Gomez depan pejabat SUK ?



2 Responses

  1. Anonymous says:

    Kerajaan pluralist Selangork... dalam Pakatan Rakyat.. angkat PAN hentam PAS...dan DAP senyum kambing.... pas tu PAS Selangork mintak gencatan dlm Pakatan di Sgork... PAN plak senyum kambing bersama PKR dan DAP tengok rakan depa PAS....PAS no value at all .... low class mcm ni nk perjuang Islam..? Lu fikir la sendiri....
    Klu pakaton ton menang lagi hancur Malaysia... puak pluralist. ..Syiah(PAN)..komunis dan gay bole ke pertahan kesucian islam klu pakaton ton momok memerintah mesia nnti...? Lu fikir la sendiri...

  2. Syabas Azmin says:

    Budak budak hingusan kat PAS tu patut dilayan macam badut.

    Sepatutnya lagi budak budak dungu tu dijawap macam Azmin buat.

    Orang bodoh mesti dijawap cara bodoh juge...
    Syabas Azmin...

Leave a Reply

Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.