..

..

UMNO KEKAL BERSATU , TAK AKAN BIARKAN SI KITOL TENTUKAN MASA DEPAN RAKYAT #BeStrongPM

on Saturday, July 30, 2016 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments



UMNO sama sekali tidak tertekan, panik dan berpecah dalam berdepan isu tindakan saman sivil yang dikemukan oleh Jabatan Kehakiman (DOJ) Amerika Syarikat.
Ketua Penerangannya Tan Sri Annuar Musa berkata keadaan itu tidak akan berlaku kerana parti itu sedar dengan ‘drama’ yang sedang berlaku di dalam dan luar negara.

“Percubaan mereka-reka cerita kononnya Umno dalam keadaan tertekan, panik dan berpecah adalah satu percubaan ‘permainan minda’ untuk melihat Umno hilang kesabaran dan tenggelam atau ‘mati punca’.

“Itu insyaAllah tidak akan berlaku. Tidak berlaku kerana kita memahami apa dan siapa di belakang tabir drama yang sedang berlaku dalam dan luar negara,” katanya dalam satu kenyataan, Selasa lalu.

Katanya, pelbagai ramalan boleh dibuat berhubung isu ini khususnya di kalangan pemimpin pembangkang tetapi ia akhirnya akan kekal sebagai satu ramalan.



Tegasnya, dalam isu ini Umno memilih untuk melihat kepada realiti dan akan berhati-hati menangani setiap isu yang datang mengikut landasan undang- undang dengan menjaga kepentingan lebih besar iaitu rakyat dan negara.

“Saf pimpinan Umno kekal bersatu padu dan bersolidariti di bawah pimpinan perdana menteri.

“Umno sama sekali tidak akan membiarkan konspirasi dalam dan luar negara menentukan masa depan rakyat walau seberapa ramai ‘Si Kitol’ yang membuka pintu belakang untuk musuh negara menguasai urusan dalam negara kita,” katanya.

Annuar turut menegaskan empat pendirian Umno berhubung isu ini iaitu:

1- BN/Umno dan kerajaan memandang serius dakwaan DOJ ini dan kita sedang menelitinya secara terperinci. Dakwaan bahawa kita memandang remeh isu ini adalah tidak benar.

2- BN/Umno dan kerajaan berpendirian untuk berkerjasama dengan semua pihak dan auttoriti yang sah agar penyiasatan dapat dijalankan segera dan proses mahkamah berjalan dengan adil dan menurut undang-undang.
Proses ini memakan masa dan sebarang sikap prejudi atau spekulasi tidak diperlukan.



3- BN/Umno dan kerajaan memahami isu ini perlu ditangani penuh berhati-hati menurut proses undang-undang walaupun ada pihak yang bersungguh mahu menjadikan isu ini berlaku mengikut ‘grand design’ mereka yang mempunyai tujuan merebut kuasa dan mencari keuntungan politik.
Umno tidak akan membiarkan mereka dan sama sekali tidak akan menari mengikut rentak mereka.

4- BN/Umno mengalu-alukan dan menyokong penuh penegasan kerajaan seperti yang dibuat oleh perdana menteri bahawa kerajaan sangat menjunjung ‘good governance’ dalam segala urusan kerajaan serta memberi jaminan semua yang cuba dituduh berpeluang membersihkan nama mereka menurut undang-undang dan memastikan tiada wang rakyat yang disalahgunakan.


Leave a Reply

Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.