..

..

SUPERMAN TERPAKSA KELUAR PARTI SELEPAS MEMALUKAN DAP

on Friday, July 15, 2016 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment


Ahli DAP yang terkenal dengan jolokan ‘Superman’ hari ini mengumumkan keluar parti, susulan kenyataannya menyokong Beijing menuntut Laut China Selatan yang dikecam pelbagai pihak.
Hew Kuan Yau menjelaskan, demi ‘gambaran besar’ DAP, beliau memutuskan keluar parti dan keputusan itu dibuat atas kehendaknya sendiri, bukan paksaan atau tekanan mana-mana pihak dalam parti.
“Saya berpendapat ini adalah satu kelegaan (untuk diri saya),” tulisnya dalam catatan terbaru di Facebooknya malam ini.
Tegasnya, beliau menolak tawaran parti untuk menurunkan beliau sebagai calon pada Pilihan Raya Umum ke-13 dan Pilihan Raya Kecil Teluk Intan pada Mei 2014.
Sebaliknya, beliau memilih untuk membantu calon DAP melalui ceramah sebagai cara paling berkesan bagi menyumbang ke arah kempen perubahan demokrasi di Malaysia.
Kuan Yau berkata, masalah timbul apabila musuh politik sering memutar belit kenyataannya dan menjadikan pandangan peribadinya sebagai pendirian DAP.
Tambahnya, desakan musuh politik supaya jawatankuasa disiplin parti mengambil tindakan terhadapnya turut menimbulkan masalah kepada Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan pemimpin yang tidak bersetuju dengan pandangan politik serta cara beliau berceramah.
“Untuk menyelesaikan masalah ini sekali harung, saya percaya keluar parti adalah pilihan terbaik,” katanya yang berterima kasih kepada kesabaran dan bimbingan Kit Siang sejak beliau menyertai DAP pada usia 19 tahun.
Kuan Yau diserang pengguna-pengguna Facebook selepas memuat naik status Laut China Selatan adalah milik China dan melabelkan penentang tuntutan Beijing ke atas Laut China Selatan sebagai anti-komunis di Facebooknya semalam.
Ini bukan kali pertama beliau terlibat dalam kontroversi.
Beliau pernah menjadi tumpuan media pada pilihan raya negeri Sarawak selepas videonya yang menggesa pengundi Cina di Batu Kitang menyokong calon DAP, Abdul Aziz Isa agar mereka boleh “skru orang Melayu” dan “skru pegawai-pegawai Melayu yang mengamalkan rasuah” dimuat naik ke laman sosial.


One Response

  1. Anonymous says:

    Ini dabel standard! Dia tidakpun didakwa kenapa pulak dia nak kuar parti? Dia bukannya makang rasuah. Yang dituduh makang rasuah orang lain. Yang makang rasuah patutnya kuar parti demi mengelak parti menerima tempias. Apakah perlu ada bau-bau bacang dengan supremo baru boleh jadi indispensable? Tak adil!!!

Leave a Reply

Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.