..

..

SNAP POLL : PKR TAK SETUJU BUKTIKAN GUAN ENG SEMAKIN GELABAH CARI ALASAN MUNASABAH

on Wednesday, July 20, 2016 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments



Isu snap election di negeri P.Pinang semakin panas hari ini di media sosial dan akhbar .

http://www.thestar.com.my/news/nation/2016/07/19/snap-polls-on-in-penang/

PKR juga telah mengeluarkan kenyataan selepas mengadakan mesyuarat Biro Politik . Kenyataan mereka ialah PKR  masih belum diyakinkan sebab dan tujuan apa perlu   diadakan pilihanraya tergempar ini .

Ini menunjukkan PKR juga masih lagi tidak bersedia untuk satu pilihanraya negeri

DAP nampaknya  dilihat membuat keputusan bersendirian dan tidak berbincang dulu dengan parti dalam Pakatan Harapan  berikutan kerusni di negeri P.Pinang dikuasai mereka .

Apakah PKR juga tak setuju snap election diadakan kerana sudah sedar ia  bertujuan untuk menyelamat jawatan Ketua Menteri Guan Eng ? Jika mereka setuju sudah tentunya keputusan malam ini menyokong pilihanraya tergempar ini dilakukan di P.Pinang .

Ironinya , kini rakyat sudah mempersoalkan  kenapa Lim Guan Eng dan DAP tergesa-gesa untuk mengadakan Snap polls walaupun dia masih;

(1.) menikmati sokongan majoriti ADUN-ADUN di Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang,
(2.) mendapat sokongan padu daripada pimpinan partinya DAP dan dari parti sekutu politik DAP, dan
(3.) masih mendapat kepercayaan dan sokongan rakyat jika dilihat pada jumlah pungutan derma oleh DAP bagi menggantikan wang jaminan beliau yang didahulukan oleh DAP.

Tiada alasan menasabah untuk Lim Guan Eng mengambil keputusan untuk membubarkan DUN Pulau Pinang dalam masa terdekat sedangkan mandat yang diperolehi pada PRU ke 13 lalu dan tempoh sah DUN masih berbaki kurang lebih 24 bulan lagi







KENYATAAN MEDIA

Biropolitik KEADILAN telah mengadakan mesyuarat mingguan pada malam ini untuk membincangkan beberapa isu termasuk isu cadangan untuk mengadakan pilihanraya tergempar ("snap elections") di Pulau Pinang.

Biropolitik KEADILAN berpendirian bahawa kami belum diyakinkan dengan tujuan atau matlamat untuk mengadakan pilihanraya tergempar.

Namun, pimpinan KEADILAN bersedia untuk meneruskan perbincangan dengan pimpinan parti-parti komponen Pakatan Harapan mengenai isu ini.

Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail
Presiden KEADILAN

19 Julai 2016


Leave a Reply

Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.