..

..

RUPANYA ADUAN KEPADA JABATAN KEADILAN AS DARI PORTAL FITNAH SARAWAK REPORT & MACAI MAHATHIR

on Friday, July 22, 2016 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 4 Comments




MEMAHAMI SAMAN SIVIL YANG DIFAILKAN JABATAN KEADILAN AMERIKA SYARIKAT:

Dokumen Jabatan Keadilan Amerika Syarikat memerlukan masa untuk membaca sepenuhnya namun berikut adalah ringkasan daripada dokumen itu dan sidang media yang dibuat oleh Peguam Negara Amerika Syarikat:

Jabatan Keadilan Amerika Syarikat (DOJ) telah memfailkan saman sivil bagi menyita aset yang mereka percaya ada kaitan dengan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) daripada empat individu di bawah Inisiatif Pengambilan Semula Aset Kleptocracy.

S1: Siapakah empat individu itu?

Mereka ialah anak tiri Perdana Menteri, Riza Aziz; ahli perniagaan rakyat Malaysia, Jho Low; bekas pengarah urusan IPIC- syarikat milik kerajaan Abu Dhabi, Khadem Al Qubaisi yang juga bekas Pengerusi Aabar Investments PJS dan Mohamed Ahmed Badawy Al-Husseiny yang bertanggungjawab menjalankan urusan dengan 1MDB pada masa itu.

S2: Apakah itu Inisiatif Pengambilan Semula Aset Kleptocracy?

Ia adalah satu inisiatif yang dimulakan pada tahun 2010 oleh Kerajaan Amerika Syarikat melalui Jabatan Keadilan negara itu bertujuan untuk menyita dan mengambil semula aset di dalam negara itu yang disyaki Jabatan Keadilan mempunyai kaitan kepada kegiatan rasuah daripada negara asing dan mengembalikannya kepada negara asal.

S3: Mengapa DOJ menyiasat kes ini?

Pada Mac 2015, DOJ menerima aduan daripada Sarawak Report. Lanjutan daripada itu, mereka turut menerima aduan daripada penyokong setia Tun Mahathir, Khairuddin Abu Hassan.

S4: Apa sebenarnya yang difailkan DOJ terhadap empat individu terbabit dan apa akan terjadi selepas ini?

DOJ telah memfailkan kes sivil bagi memohon mahkamah menyita aset 3 individu. Mahkamah kemudian akan memeriksa jika aset terbabit turut dituntut oleh pihak lain. Jika tiada pihak lain menuntut aset terbabit, maka mahkamah akan meminta

DOJ membuktikan aset terbabit sama ada dicuri atau diperolehi dengan cara jenayah.

S5: Adakah Perdana Menteri turut didakwa?

Tidak. Perdana Menteri tidak didakwa malah tidak dinamakan dalam kes ini disebalik dakwaan Tun Dr Mahathir Mohamad pada September 2015 kononnya Najib bimbang untuk ke luar negara kerana mungkin ditangkap Biro Siasatan Persekutuan (FBI). Ini adalah tidak benar bukan sahaja kes ini adalah kes sivil malah Najib turut tidak disebut dalam saman ini.
Namun terdapat rujukan dibuat kepada Malaysia Official 1 di mana DOJ mendakwa individu ini telah menerima dana yang berkait dengan 1MDB.

S6: Adakah sesiapa akan dipenjarakan jika aset dapat disita?

Tidak. Ini adalah kes sivil dan bukannya kes jenayah. Jika mahkamah menyebelahi DOJ, aset akan disita. Tiada pemenjaraan atau pertuduhan jenayah.

S7: Jika mahkamah membenarkan aset disita, apakah akan terjadi kepada aset terbabit?

DOJ akan mengembalikan aset terbabit kepada pihak yang dipercayai pemilik asal, dan dalam kes ini, 1MDB.

S7: Adakah aset yang dibeli itu adalah daripada wang yang dicuri daripada 1MDB?

1MDB telah dan secara konsisten menegaskan tiada wang dicuri dan dapat memperincikan ke mana wang disalurkan. Namun demikian, 1MDB kini dalam pertikaian dengan IPIC di mana 1MDB tetap dengan pendirian yang mereka telah membayar atau mendepostikan atau menjamin sehingga USD6 bilion oleh sebuah syarikat bernama Aabar Investments PJS BVI selepas menerima arahan daripada Pengerusi Aabar ketika itu, Khadem Al Qubaisi dan juga bekas Pengarah Urusan.

IPIC mempertikaikan ia memiliki Aabar Investments PJS Ltd (BVI) seterusnya menafikan ia menerina dana terbabit daripada 1MDB. Pertikaian ini kini dibawa ke Pusat Arbitrasi London dan akan mengambil masa berbulan. Apapun, 1MDB sangat yakin mereka akan memenangi kes ini dan akan dapat memperoleh semula wang terbabit, dan sebab itulah 1MDB sebelum ini enggan membayar faedah bagi bon USD3.5 bilion biarpun berupaya berbuat demikian serta membolehkan penjaminan bon berkenaan oleh IPIC dan kini dalam proses arbitrasi.

S8: Jika wang itu tidak dicuri, jadi mengapa DOJ bertindak ke atas aduan dibuat?

Adalah tidak mustahil wang yang dibayar 1MDB kepada Aabar Investments PJS Ltd (BVI) yang dikawal Khadem dan turut dinafikan IPIC memilikinya, telah digunakan untuk membiayai pelbagai pelaburan di Amerika Syarikat termasuk hartanah, perfileman, karya seni dan syarikat.

S9: Berapa nilai aset yang terlibat dalam kes DOJ ini?

Tiada jumlah spesifik yang disahkan namun laporan daripada New York Times dan WSJ mendakwa ia bernilai hingga USD1 bilion.

S10: Mengapa anak tiri Perdana Menteri, RIza Aziz terlibat?

WSJ sebelum ini melaporkan yang penyiasat percaya syarikat perfileman RIza Aziz, Red Granite menerima USD155 juta dalam bentuk pinjaman daripada Aabar Investments PJS Ltd (BVI) di mana kebanyakkannya disalurkan bagi membiayai filem yang diterbitkan pada 2013, 'The Wolf of Wall Street' dan bagi membeli hartanah.

WSJ mendakwa dokumen menunjukkan tiga pindahan wang dibuat kepada Red Granite Capital pada 2012, USD60 juta, USD45 juta dan USD50 juta.

Daripada jumlah itu, USD105 juta telah digunakan Red Granite sebagai pinjaman manakala USD50 juta dipindahkan kepada syarikat melalui pihak ketiga.

"Menurut mereka yang mengetahui mengenai siasatan dan 1MDB, antara pihak ketiga itu ialah Telina Holdings Inc, sebuah syarikat yang ditubuhkan di British Virgin Islands oleh Al Husseiny dan bosnya, Khadem Al Qubaisi." (Kedua penama ini disebut sebagai antara individu disaman DOJ).

Menurut WSJ, pinjaman USD50 juta daripada Telina Holdings sudahpun dibayar semula, memetik mereka yang mengetahui mengenai siasatan itu.

Seorang jurucakap Red Granite memberitahu WSJ, syarikat itu sudah membayar pinjaman dan akan terus membuat pembayaran kepada semua pinjaman mereka.

"Red Granite tidak mempunyai sebab untuk mempercayai dana daripada Aabar adalah mencurigakan dan yakin dana pinjaman itu adalah sah.

"Apa yang Red Granite sudah lakukan dan akan meneruskan usaha menerbitkan filem yang berjaya yang pernah memperolehi lebih daripada USD825 juta pulangan daripada tayangan seluruh dunia.

S11: Jika ia adalah satu pinjaman atau pelaburan ke dalam Red Granite di mana sebahagian atau sepenuhnya sudah dibayar daripada sebuah filem yang berjaya, mengapa pula Riza Aziz dijadikan sasaran kepada saman sivil ini?

Di Amerika Syarikat, jika anda memperoleh keuntungan daripada dana yang DOJ syaki disalurkan daripada sumber tidak sah, ia dipanggil 'pengambilan untung / pencatutan, maka keuntungan yang diperolehi juga adalah tidak sah dan boleh disita, iaitu menjana pendapatan daripada dana haram. Ini berbeza daripada mencuri wang.

DOJ kemudian perlu membuktikan Red Granite menyedari dana atau pinjaman yang diterima adalah tidak sah.

S12: Bagaimana pun dengan pelaburan Jho Low?

Tidak banyak didedahkan apakah aset atau nilai pelaburan yang dimiliki Jho Low, seorang pengurus dana di Amerika Syarikat namun Jho Low sebelum ini pernah mengesahkan dia memiliki sebuah hartanah di Amerika Syarikat dan mungkin turut membuat pelaburan di dalam syarikat berpengkalan di negara yang sama.

S13: Berapa lama kes sivil ini akan mengambil masa sebelum penghakiman dibuat?

Kes seumpamanya telah mengambil masa bertahun lamanya di mana kedua pihak mengemukakan pertikaian mereka di mahkamah Amerika Syarikat bagi membolehkan hakim membuat keputusannya.

S14: Adakah apa apa yang ganjil mengenai kes ini?
Ada. Secara tipikalnya, pihak yang kononnya menjadi mangsa kepada kecurian wang ini iaitu 1MDB perlu membuat aduan kepada DOJ bagi memohon jabatan itu menyita sebarang aset yang mereka percaya dibeli daripada wang yang dicuri. Dalam kes ini, 1MDB secara konsisten menyatakan tiada wang yang dicuri dan mereka dapat memperincikan setiap pelaburan atau pindahan wang namun DOJ tetap memfailkan saman sivil kononnya bagi mendapatkan kembali 'wang yang dicuri' biarpun 'mangsa' (1MDB) sudah menjelaskan tiada wang dicuri daripadanya.

S15: Macam mana pula 1MDB mengatakan tiada wang dicuri dan dapat diperincikan walhal DOJ mendakwa ia dibelanjakan dengan mewah sekali?

1MDB berurusan dengan rakan kongsi yang dimiliki kerajaan negara asing dan dana pelaburan yang sah serta diperakui bank antarabangsa. 1MDB memindahkan wang kepada mereka. Apa yang mereka lakukan selepas wang dipindahkan bukanlah di bawah kawalan atau pengetahuan 1MDB. Ia adalah tanggungjawab pihak yang menerima.
1MDB sudah memulakan proses mendapatkan semula aset daripada pihak terbabit, di mana ia melibatkan kerjasama dengan syarikat dipertikai Aabar Investment PJS Ltd yang kini sedang melalui proses arbitrasi. 1MDB yakin ia akan memberikan keputusan positif.

S16: Bagaimana pula dengan deposit yang dibuat ke dalam akaun Malaysia Official 1 sebagaimana disebutkan dalam laporan FBI?

Adalah penting untuk kita tahu, akaun ini biarpun dibuka atas nama peribadi, ia bukan untuk kegunaan peribadi di mana ia adalah satu akaun khas presiden untuk kegunaan parti dan dibenarkan oleh perlembagaan parti. Amalan ini turut diperakui Muhyiddin Yassin.
https://www.youtube.com/watch?v=rnI_5pbkqs0

Malah, WSJ turut mengakui dana dalam akaun ini digunakan bagi tujuan politik dan bukannya untuk kegunaan peribadi.

TIdak pernah pada bila-bila masa, Malaysia Official 1 menerima wang daripada akaun 1MDB untuk dimasukkan ke dalam akaun peribadinya. DOJ mendakwa Malaysia Official 1 mengekalkan jumlah RM210 juta daripada tiga pindahan yang boleh dikaitkan dengan 1MDB.

Tiga pemindahan wang itu ialah:
1. RM60 juta (USD20 juta pada masa itu) dibayar pada 2011 (kerjasama perkongsian antara 1MDB dan PetroSaudi bermula pada 2009) daripada akaun Gabenor Riyadh ketika itu, Prince Turki Al Saud. DOJ mendakwa pembayaran RM60 juta ini pada tahun 2011 datang daripada pelaburan USD1.83 bilion yang dibuat 1MDB bagi perkongsian kerjasama dengan PetroSaudi pada 2009.

2. RM100 juta (USD30 juta pada masa itu) - dibayar pada lewat 2012 daripada akaun BlackStone Asia. DOJ mendakwa wang RM100 juta ini pada Nov 2012 adalah daripada bon USD3.5 bilion yang dikeluarkan 1MDB dan IPIC pada April 2012. Namun demikian, pemindahan ini turut disokong oleh sekeping surat setahun sebelum itu iaitu pada 2011 di mana pengirimnya menjelaskan akan memindahkan wang sehingga USD375 juta daripada beberapa akaun termasuk BlackStone Asia. Lihat https://assets.documentcloud.org/…/375m-pledge-letter-to-Na…

3. RM50 juta - yang datang daripada RM2.08 bilion (atau terkenal dengan jumlah USD681 juta pada kadar tukaran ketika itu USD1 = RM3.05) dipindahkan pada Mac 2013, iaitu sebelum PRU13 sebelum dikembalikan pada Ogos 2013, melalui akaun Tanore. Pemindahan ini turut disokong surat daripada penderma kerabat diraja Arab Saudi di mana SPRM turut menemuramah keluarga kerabat diraja itu dan Menteri Luar Arab Saudi turut menyatakan ia adalah dana mereka.

Saya pasti tidak pada bila-bila masa Malaysia Official 1 mengetahui asal usul sebenar dana yang dipindahkan ke dalam akaunnya. Pengetahuannya adalah berdasarkan kepada aturan tahun-tahun sebelum itu yang dibuat dengan kerajaan Arab Saudi di mana derma politik disalurkan ke akaunnya untuk kegunaan parti. Adalah penting untuk kita fahami, setiap pemindahan itu akan turut dilampirkan dengan surat daripada kerabat diraja Arab Saudi.


4 Responses

  1. Anonymous says:

    Msia & Official 1 menjadi terkenal & termasyur seluruh dunia dgn tarikan bukan pulau , bangunan, ekonomi dll, tapi 1MDB yg begitu suci lagi murni.

  2. Anonymous says:

    yang paling penting dana negara disalah gunakan perlukan diambil tindakan.itu saja

  3. Anonymous says:

    pucuk pangkalnya ada penipuan besar, takkan DOJ suka2 nak sita harta orang beb...sampai bayar hutang judi ni..

  4. Anonymous says:

    maknanya dana 1MDB disalurkan pada pihak tertentu utk menjana keuntungan bukan utk disalahgunakan oleh sesiapa tapi ada juga makhluk yg curi duit utk kegunaan peribadi seperti perjudian, pembelian harta mewah dsbgnya... PM Najib tidak terlibat... habis cerita! Harap2 dapat disita dan dipulangkan kepada 1MDB semula...

Leave a Reply

Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.