..

..

RM36 JUTA KOS BULETIN MUTIARA UNTUK SEBAR DOKTRIN BERCANGGAH ISLAM ?

on Monday, July 25, 2016 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments






RM36 juta kos untuk akhbar sampah Buletin Mutiara manakala jutaan lagi untuk operasi Penang Institute . 

Itu harga duit yang dikutip dari rakyat untuk menggerakkan agenda memesongkan akidah yang bercanggah dengan Islam .




Jelas terdapat terlalu banyak kepincangan dalam pengalaman pelaksanaan ‘hukum Islam’ di seluruh dunia. Hak mangsa dicabul dan ditindas,” kata Penolong Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP, Zairil Khir Johari. klik di sini

Menggunakan seorang mualaf yang diagungkan sebagai seorang yang bijak dari semua bidang termasuk Islam , pemikiran Islam liberal cuba disebarkan .

Lebih mendukacitakan , pemikiran ini dimuatkan di dalam akhbar milik kerajaan negeri dan disebarkan di seluruh masjid P.Pinang. 

Apakah kita mahu anak2 kita di masa akan datang telah mula  mempersoalkan hukum Islam kesan daripada membaca penulisan Buletin Mutiara ini ?  






 BULETIN MUTIARA SEBAR DOKTRIN CANGGAH ISLAM KE MASJID DI P. PINANG

Oleh IZWAN ABDUL HALIM
Foto ZAIN AZRAI ABD GHANI

KEPALA BATAS: PAS Negeri Pulau Pinang menggesa agar tindakan diambil terhadap artikel bercanggah dengan Islam yang disiarkan menerusi Buletin Mutiara terbitan Kerajaan Negeri Pulau Pinang.

Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, Ustaz Muhammad Fauzi Yusoff berkata, akhbar rasmi kerajaan negeri itu telah disalahgunakan untuk menyebar doktrin politik DAP.

"Sepatutnya sebagai akhbar rasmi, ia menyiarkan aktiviti kerajaan. Sebaliknya menyiarkan artikel bercanggah Islam dan mempromosikan Islam Liberal dan seumpamanya, terutama memuatkan tulisan dari Penang Institute.

"Jabatan Mufti perlu melihat serius perkara ini yang menimbulkan prejudis terhadap Islam. Tambahan pula akhbar ini disebar edar ke seluruh masjid-masjid dalam negeri ini.

"Sedangkan di masjid kita mengajar perkara yang membatalkan akidah, yang rosakkan Islam. Ini tidak wajar, ini macam hina Islam. Artikel-artikel dari Penang Institute ini kita lihat tidak sensitif pada umat Islam.

"Kalau tulis di akhbar Roket (milik DAP) lainlah, ini akhbar rasmi. Belanja duit rakyat tapi salah guna untuk doktrin DAP dan pemikiran bercanggah Islam," tempelaknya.

Beliau membangkitkan hal itu pada idang media sempena Rumah Terbuka Aidilfitri PAS Negeri Pulau Pinang di Pejabat PAS Negeri, Pongsu Seribu di sini sebentar tadi.

Merujuk edisi terbaru buletin itu, beliau menyanggah tulisan Ahli Parlimen DAP Bukit Bendera, Zairil Khir Johari mengenai RUU Akta 355.

Bidasnya, tulisan Zairil yang juga Ketua Eksekutif Penang Institute itu adalah sama sekali tidak benar.

"Beliau telah menulis perkara yang tidak sepatutnya diucapkan sebagai orang Islam. Sebagai Ahli Parlimen jika beliau tidak puas hati (mengenai usul pindaan Akta 355) beliau boleh berbahas di Sidang Parlimen. Guna hujah-hujahnya di Parlimen," gesa Fauzi.

Sementara itu, Ketua Pemuda PAS Pulau Pinang, Ustaz Afnan Hamimi Taib Azamudden berkata, pihak Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang telah beberapa kali memanggil Zairil meminta penjelasan.

Bagaimanapun katanya, Zairil tidak pernah datang dan sewajarnya jika Ahli Parlimen itu berani mempertahankan hujahnya secara akademik, beliau pasti datang.

"Malangnya beliau tidak pernah hadir untuk mempertahankan tulisannya," kesali Afnan yang juga anggota jawatankuasa tersebut.


Leave a Reply

Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.