..

..

PKR TAKUT HILANG KERUSI , GUAN ENG DAH PANIK ISU PILIHANRAYA TAK SELESAI LAGI

on Thursday, July 28, 2016 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments






Sikap tergesa-gesa Guan Eng mendesak PKR agar setuju  mahu mengadakan Pilihanraya mengejut di P.Pinang terus dipersoalkan  pemimpin mereka .

Tetapi ayat Presiden cukup sopan iaitu  belum yakin lagi cadangan kerajaan DAP ini .

Kenapa Guan Eng begitu tergesa-gesa mahu mengadakan Pilihanraya ?

Ini disebabkan kes rasuah dihadapinya bakal dibicarakan di mahkamah bulan September ini dan menurut cakap-cakap dari orang PKR sendiri , khabar angin bila pilihanraya itu ialah  dicadangkan diadakan pada bulan September .

Jadi, kita boleh simpulkan mungkin diadakan sebelum kes rasuah banglo itu dibicarakan.

Masa semakin suntuk untuk Guan Eng untuk mengheret rakyat di dalam kesnya .

Seperti apa dianalisis di bawah ini, Guan Eng kini berdepan krisis kepercayaan dan keyakinan oleh majoriti  anggota ADUN di negeri selepas PKR juga tidak menyokong hasrat Guan Eng untuk mengadakan pilihanraya awal .



Kenyataan Media
Datuk Seri Zainal Abidin Osman
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Pulau Pinang

Rabu, 27 Julai 2016





Pilihanraya mengejut DUN Pulau Pinang

Merujuk Kepada Kenyataan Media oleh YB Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail Presiden PKR pada 26 Julai 2016

" Seperti di duga PKR sekali lagi menyatakan mereka belum yakin dengan cadangan Lim Guan Eng dan DAP untuk mengadakan Pilihanraya Negeri Pulau Pinang lebih awal dan PAN  pula mengambil sikap 'tunggu dan lihat'.

" Ini merupakan satu tamparan hebat kepada ego Lim Guan Eng dan DAP yang masih gagal mendapatkan sokongan rakan kongsi  utama mereka bagi mengadakan pilihanraya negeri lebih awal.

" Kegagalan Lim Guan Eng meyakinkan sekutu politiknya untuk menyokong cadangan beliau telah mencalar maruah dan kredibiliti beliau sebagai Setiausaha Agong DAP dan Ketua Menteri Pulau Pinang serta menghakis keyakinan dan hormat rakyat terhadap beliau sebagai seorang pemimpin utama pakatan parti pembangkang.

" Cadangan mengadakan Pilihanraya Negeri adalah satu langkah tergesa-gesa dan terburu-buru yang dibuat oleh Lim Guan Eng dan DAP dalam keadaan panik setelah beliau dihadapkan ke Mahkamah kerana dua pertuduhan jenayah rasuah.

" Bersandarkan keputusan Majlis Pimpinan Pusat PKR semalam, bermakna 10 ADUN PKR di DUN Pulau Pinang belum bersetuju dengan pembubaran segera DUN,PAS yang mempunyai seorang ADUN juga tidak bersetuju manakala 10 ADUN Barisan Nasional  tidak menyokong cadangan tersebut.

" Oleh itu kita boleh menganggap hanya 18 orang ADUN DAP sahaja yang menyokong cadangan tersebut setakat ini.

" Berdasarkan kiraan 21/40 orang ADUN tidak bersetuju dan hanya 19 orang lagi menyokong cadangan membubarkan DUN dan mengadakan Pilihanraya Negeri ; maka  boleh dirumuskan bahawa Lim Guan Eng sudah hilang kepercayaan majoriti Ahli-Ahli DUN Pulau Pinang dan sedang menghadapi krisis keyakinan dan kepercayaan terhadap dirinya sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang.

" Percubaan Lim Guan Eng untuk mengheret rakyat ke dalam masalah peribadi beliau, dengan cadangan membubarkan DUN bagi mengadakan Pilihanraya Negeri jelas telah ditolak. Berdasarkan perkembangan terkini ini beliau seharusnya mengambil tindakan bermaruah dan berintegriti melepaskan jawatan sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang dengan segera.


Leave a Reply

Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.