..

..

PILIHANRAYA MENGEJUT UNTUK SELAMATKAN GUAN ENG BUKAN RAKYAT P.PINANG ?

on Sunday, July 24, 2016 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments





Selepas episod drama Ketua Menteri korup Guan Eng dan konco-konconya minggu lepas mahu mengumumkan Pilihanraya Negeri , rakyat di lihat sudah bersuara membantah dan mendesak Guan Eng meletak jawataan selepas dituduh di mahkamah atas pertuduhan rasuah !

Ia melalui banner ditampalkan   ' LGExist Kami Anti Rasuah Banglo " dan juga dalam bahasa Cina di Jalan Bagan Luar dan Bayan Baru . 






Selain itu , terdapat  juga banner dalam bahasa Cina juga di Parlimen DAP Anthony Loke iaitu Seremban .  Apa kaitan Seremban dengan Guan Eng ? 

Apakah Anthony loke akan bertanding di DUN P.Pinang jika diadakan Pilihanraya Negeri ? 



SEREMBAN 




Walaupun sekutu mereka  PKR masih lagi kurang jelas apakah alasan  mahu diadakan Pilihanraya Negeri ini, Guan Eng terus mahu  mengheret rakyat dalam masalah rasuah dihadapinya dengan menyatakan kononnya  P.Pinang mahu diselamatkan !.

Siapa sebenarnya mahu diselamatkan ?? Apakah yang  mahu selamatkan itu  Dinasti LIM agar terus berkuasa di Komtar ? 

Jika Guan Eng tiada pun masih lagi ada pemimpin dalam negeri ini boleh menjadi Ketua Menteri . 

Rakyat sebenarnya masih lagi tertanya-tanya apa yang mereka dapat dari Pilihanraya mengejut ini yang mana tempoh mandat masih lagi berbaki 24 bulan  ??






Yang lebih penting dan dimahukan rakyat hari ini adalah kerajaan negeri perlu melipatkan gandakan kerja-kerja mereka dalam urusan yang melibatkan kepentingan rakyat.

  1. Selesaikan masalah banjir kilat yang sering kali berlaku apabila hujan lebat.
  2. Selesaikan masalah kesesakan jalan raya yang semakin teruk.
  3. Buang sikap double standard dalam urusan melibatkan agensi-agensi kerajaan negeri.
  4. Hentikan pemberian lesen yang berleluasa kepada premis yang menjalankan akitiviti perjudian & maksiat.
  5. Segerakan pembinaan rumah-rumah mampu milik khususnya kepada kaum bumiputera.
  6. Hentikan kerja-kerja membotakkan bukit-bukit
  7. Banyakkan pelabur agar lebih banyak peluang-peluang pekerjaan dapat ditawarkan kepada rakyat.
  8. Selesaikan masalah penutupan kilang yang menyebabkan rakyat hilang punca pendapatan.
  9. Hentikan kerja-kerja penambakkan laut yang merosakkan ekosistem hidupan laut.
  10. Kaji semula pembinaan rumah-rumah mewah yang mencecah jutaan ringgit dengan mewujudkan pelan rancangan yang memberikan ruang sama banyak dengan pembinaan rumah mampu milik.



GEORGE TOWN: Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng berkata beliau mungkin dipenjarakan atas pertuduhan rasuah.

Beliau mendakwa pertuduhan rasuah dan penyalahgunaan kuasa adalah satu konspirasi politik Barisan Nasional (BN).

"Semua orang tahu bahawa Lim tidak boleh diselamatkan. Walaupun Lim tidak dapat diselamatkan, negeri masih boleh diselamatkan, jadi itulah sebabnya kita perlu adakan pilihan raya negeri mengejut," katanya kepada pemberita selepas merasmikan simposium di Institut Pulau Pinang pada pagi Sabtu.

Guan Eng mendakwa pertuduhan itu adalah satu cara untuk membunuh karakternya.

"Sebab itu kita perlukan pilihan raya negeri... biar rakyat diberi mandat untuk memilih pemimpin mereka," katanya.


Leave a Reply

Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.