Beliau berkata, taktik yang digunakan adalah ‘tembak dahulu, tanya kemudian’ tanpa memikirkan kesannya kepada masyarakat.

Katanya, tindakan pemimpin DAP menerbitkan video murahan berbentuk satira dan menghina ucapan Hari Raya Aidilfitri memperlihatkan sikap pemimpin muda parti itu yang masih belum dapat keluar daripada pengaruh Lim Kit Siang.

“Pemimpin DAP telah bertindak melampaui batas, mereka tidak dapat membezakan tindakan berbaur politik ini telah melukakan hati masyarakat kita.

“Perbalahan dalam politik merupakan perkara biasa dan telah dapat dijangkakan tetapi jangan sehingga menyentuh aspek keharmonian kaum dan agama yang telah lama kita pelihara di negara ini,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini