..

..

NGA KOR MING TAK PERLU SALAHKAN ORANG LAIN , ITU POSTING DIMUAT AKAUN FACEBOOK MILIKNYA - GERAKAN

on Thursday, July 14, 2016 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments


 Ketua Wanita Gerakan Datuk Tan Lian Hoe berkata Nga harus bertanggungjawab terhadap tindakannya dan tidak menunding jari kepada pihak lain kerana artikel dan karikatur yang dimuat naik adalah di akaun Facebook miliknya.
"Kalau setiap pemilik Facebook tidak mengaku salah atas apa yang dimuat naik, maka akan berlaku huru-hara dan menimbulkan kebencian antara rakyat," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Sambutan Aidilfitri Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) di Pusat Transformasi Bandar (UTC) Perak Rabu.
Mengulas lanjut, Tan berkata sebagai seorang ahli profesional dan wakil rakyat Nga tidak sepatutunya mengeluarkan sebarang kenyataan yang boleh mengguris dan menyinggung perasaan sesuatu kaum di negara ini.
Selain itu, tan berharap pihak berkuasa perlu mengambil tindakan segera ke atas Nga untuk mengelak sebarang ketegangan kaum di negara ini.
"Kita harap pihak polis dapat mengambil tindakan segera agar tidak membawa kemarahan dan berlakunya kejadian seperti semalam apabila ada sekumpulan (Pemuda UMNO) yang pergi ke pejabat DAP dan sebagainya.
"Rakyat membuat demikian kerana mereka terguris dengan tindakan Nga itu dan memohon keadilan daripada pihak berkuasa," katanya.-13/7/2016 


Leave a Reply

Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.