..

..

NGA KOR MING HINA AMALAN DUIT RAYA AIDILFITRI - NGO

on Friday, July 8, 2016 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 3 Comments





KEPALA BATAS - Dua wakil Badan Bukan Kerajaan (NGO) hari ini meminta polis menyiasat Anggota Parlimen Taiping Nga Kor Ming yang memuat naik status dalam akaun Facebook miliknya yang menghina sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Setiausaha Agung Kelab Warisan Malaysia (Keris) Azman Hassan berkata status Facebook milik Nga telah memuatkan satu gambar karikatur mengaitkan pemberian duit raya kepada kanak-kanak dan tetamu ketika Hari Raya sebagai rasuah.

Azman berkata, pemberian duit raya adalah satu amalan yang mulia kerana memberikan sedekah dan perkara itu telah dipolitikkan oleh Nga.

"Perbuatan Nga ini jelas menghina dan merendah-rendahkan amalan mulia ketika umat Islam menyambut Aidilfitri," katanya kepada pemberita selepas membuat laporan di Balai Polis di sini hari ini.


Katanya, beliau berharap polis akan menyiasat kes ini termasuk pelukis karikatur, pemilik akuan facebook dan pentadbir akaun terbabit yang didakwanya cuba menghasut.

 Azman berkata, Kor Ming sebagai seorang wakil rakyat sepatutnya lebih sensitif dan tidak mengaitkan sambutan Aidilfitri ini dengan sebarang unsur-unsur politik.

 Mengikut akaun Facebook yang bernama Nga KorMing, satu status yang dimuat naik pada 5.15 petang 6 Julai, yang bertajuk "Hanya di Malaysia di bawah Umno, Selamat Hari Raya", satu karikatur menunjukkan dua budak sedang meminta derma daripada seorang individu.

 Dalam perbualan dialog yang ditulis dalam karikatur itu, seorang budak telah bercakap "Tahun ni kami tak mintak duit raya.. kami mintak derma.." manakala seorang lagi menjawab "Tak dapat derma, dedak pun ok..." dan karikatur itu diakhiri dengan ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin". - Bernama


3 Responses

  1. Anonymous says:

    Bro..
    Malu aku dgn keadaan skrg.
    Malu sebab cina ni di tuduh menghina eid fitri.

    Amalan bagi duit raya tak ada dlm islam!

    Perbetulkan persepsi.

    Kalau ini di katakan amalan...maka bidaah yg sangat.

  2. Anonymous says:

    Kita tak pernah persenda kan ugama dan budaya dia orang , sebenarnya apa yg dia orang nak ,cakaplah terus terang kalau ada tut tut tut ,

  3. apa yang hang malu woii...Melayu ada ke hina CNY Cina sambut ? Apahal pulak mangkuk Nga ni nak hina pemberian duit raya pulak ?

    Amalan duit raya memang tak ada dalam islam ..NGO ni tak tuduh pun Nga hina Islam tapi hina perayaan Aidilfitri .

    hang faham tak ?? jangan jadi macai DAP..

Leave a Reply

Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.