..

..

MP PKR AMPANG MENGAKU MEMBELI 7 KERETA MEWAH BUATAN JEPUN SAHAJA

on Tuesday, July 12, 2016 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment



Yang didakwa 9 buah kenderaan tetapi MP PKR Ampang mengaku sahkan membeli 7 buah kenderaan . 
Bermakna kekayaan luar biasa sekali orang kuat Azmin ini . 
Pemimpin pembangkang sering mengkritik  dan mengata  kekayaan pemimpin BN tetapi bila mereka memiliki 7 buah kenderaan selepas bergelar Ahli Parlimen mula meroyan .  
Dakwaan Zuraida memiliki banyak kenderaan mewah ternyata betul dan dia sendiri mengaku memiliki 7 buah kenderaan di bawah namanya . 
Rakyat kini  boleh menilai bagaimana seorang ahli parlimen pembangkang yang sebelum ini hidup biasa tapi kini sudah mampu memiliki 7 buah kereta . 
Sewajarnya Zuraida perlu isytihar kekayaan harta beliau bagaimana mampu membeli kereta sebanyak ini bukan penafian . 
Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin menyifatkan dakwaan yang mengaitkan beliau sebagai memiliki sembilan kenderaan mewah adalah berniat jahat dan palsu.
Beliau yang juga anggota parlimen Ampang berkata, dakwaan tersebut adalah satu pembohongan semata-mata yang mengatakan salah sebuah kereta yang digunakan milik seorang 'tauke Cina' atau mana-mana syarikat swasta.

"Saya melihat tuduhan-tuduhan tidak bertanggungjawab dan bermotifkan politik ini secara serius dan sedang berunding dengan peguam saya," kata Zuraida dalam kenyataan, hari ini.
Pada 20 Jun yang lalu, pengguna Facebook dengan nama 'Rafi Awang Kechik' mendakwa Zuraida milik lapan kereta mewah dan satu motosikal dengan turut menyenaraikan jenama serta nombor plat dalam laman itu.
Rafi Awang Kechik turut mendakwa bahawa salah sebuah kereta Zuraida yang berjenama Mercedes- Benz didaftarkan atas nama 'syarikat Cina'.

"Gaji anggota parlimen (MP) ialah RM16,000. Adakah anda fikir ia sepadan dengan pendapatan beliau?" kata Rafi Awang Kechik lagi.
Dakwaannya itu turut disebarkan oleh beberapa blog pro-Umno lain yang menuntut jawapan daripada Zuraida.
Mengulas lanjut, Zuraida menegaskan, beliau hanya memiliki tujuh kereta dan sebuah motosikal yang didaftarkan di bawah nama beliau.
ini bukan kenderaan mewah; kebanyakannya model Jepun dan termasuk van serta trak pikap," kata Zuraida lagi.


One Response

  1. Eleh 7 biji saja bukan 9 biji seperti didakwa, kan saya ini Ahli Parlimen, mesti kena tukar2 kereta2 selalu apabila melawat kawasan, baru la class gitu, dan pula saya ini orang cermat, menabung dari kecil2 lagi, mesti la ketika usia ini duit simpanan saya dah banyak, hampa saja dengki tengok aku.

Leave a Reply

Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.