..

..

MEMALUKAN ! BANJIR TERUK DI TELUK BAHANG BERPUNCA PEMBANGUNAN TAK TERKAWAL LERENG BUKIT #LGExit

on Tuesday, July 19, 2016 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments




Banjir lagi di negeri kerajaan DAP . Mahu salahkan hujan ke wahail CM korup ? 
Air banjir pun dah jadi mcm teh susu. Bertambah teruk disebabkan :


1. Pembangunan Tidak Terkawal oleh kerajaan DAP dengan membenarkan density tinggi
2.Botakkan Bukit dengan membenarkan pembangunan lereng bukit
3.Tambakan Laut tanpa proses Mitigasi sempurna kawasan sekitar.
Kredit : Dato Ir Shaik Hussein Mydin
Inilah masaalahnya bila kerajaan DAP (MPSR) Mesra Pemaju Seksa Rakyat di Penang.





Dalam sejarah, begitulah yang dikatakan penduduk terhadap kejadian banjir kilat yang berlaku di sini petang tadi. Hujan berterusan dalam tempoh lebih lima jam menyebabkan air naik mendadak.

 Malah ada penduduk tidak sempat mengalihkan kenderaan sehingga ditenggelami air banjir. Penduduk, Razman Isa, 36 berkata, dia tidak pernah melihat air banjir naik secepat itu di Teluk Bahang. "Biasanya kalau banjir kilat biasa saja, sampai lutut dan air tidak laju.

Berbeza kali ini bila air juga laju seperti arus deras. "Memang kali pertama kami lihat keadaan sebegini, lebih kurang 10 biji kereta saya lihat tenggelam," katanya kepada Sinar Harian. Beberapa penduduk dilihat turut bekerjasama membantu mengalihkan kenderaan yang hampir tenggelam. Bagi peniaga makanan, Roslina Ayob, 43 berkata, dia tidak sempat menjalankan perniagaan seperti biasa.

 "Saya terpaksa simpan semula lauk yang dimasak seawal jam 12 tengah hari selepas melihat air naik mendadak.

 "Nasib baik tindakan saya betul kerana kemudiannya kedai saya dinaiki air sehingga paras lutut, kereta saya juga hampir tenggelam, tetapi kemudiannya dialihkan ke kawasan masjid dengan segera," katanya.




 Sementara itu Adun Teluk Bahang, Shah Headan Ayoob Shah ketika dihubungi berkata, banjir kilat itu bermula seawal jam 1 petang. Menurutnya, sebelum itu hujan berterusan sejak awal pagi lagi. "Hujan tidak lebat mana tetapi ia tidak berhenti, pada saya ini adalah kejadian banjir yang agak luar biasa.

 "Lebih 400 keluarga terjejas terutama di Kampung Teluk Awak dan sekitar kawasan rumah pangsa," katanya. Shah Headan berkata, pihaknya mengadakan majlis gotong-royong bagi menyediakan makan malam buat penduduk yang terjejas. "Dalam masa yang sama saya akan melihat apa punca sebenar banjir ini, ada kemungkinan air pasang bertembung dengan hujan lebat ataupun kemungkinan gara-gara bukit kita yang semakin botak. "Saya akan melihat perkara ini secara terperinci kerana banjir sebegini tidak pernah terjadi, dan ia amat mengejutkan," katanya


Leave a Reply

Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.