..

..

MalaysiaKini Menipu Lagi, Tiada Aset 1MDB Bakal Disita US

on Thursday, July 21, 2016 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment




Dalam satu laporan yang dikeluarkan oleh sebuah portal pro pembangkang, MalaysiaKini, mereka mendakwa, kerajaan Amerika Syarikat akan membeku dan menyita semua aset yang ada kaitannya dengan 1 Malaysia Development Berhad atas dakwaan, kesalahan dalam skala besar penyelewengan wang rakyat oleh sesebuah kerajaan. MalaysiaKini mendakwa, mereka memetik laporan yang dikeluarkan oleh The Wall Street Journal (WSJ) hasil daripada ulasan yang kononnya dari Jabatan Keadilan Amerika Syarikat.

 Dakwa WSJ, bahagian aset Jabatan Keadilan AS dijangka memfailkan saman sivil untuk mendapatkan kebenaran menyita aset-aset imilik 1MDB itu pada pagi Khamis ini.

Menurut laporan yang dikeluarkan oleh WSJ dan MalaysiaKini ini, sitaan itu akan melibatkan harta tanah dan aset lain yang dibeli dengan “wang yang didakwa disalah guna daripada dana Malaysia”. Sekali lagi hal ini ternyata satu penipuan oleh WSJ dan MalaysiaKini bertindak sebagai penyebar penipuan daripada sebuah akhbar yang langsung tidak mempunyai intergriti.

Menurut satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Jabatan Keadilan Amerika Syarikat, mereka menyangkal sekeras-kerasnya laporan yang dikeluarkan oleh WSJ ini.

 Menurut mereka, mereka tiada asas untuk melakukan tindakan sedemikian seperti yang dilaporkan oleh WSJ. Tegas mereka, bukan menjadi hak Jabatan Keadilan untuk merampas hak milik orang lain tanpa perintah khas daripada mahkamah dan mereka begitu kesal dengan laporan yang berunsur fitnah berkenaan.

 Inilah padahnya andai mencedok laporan yang berunsur fitnah. 1MDB dan kerajaan Malaysia tidak perlu untuk mengeluarkan sebarang keyataan untuk menyangkal laporan palsu ini. Pihak yang berkenaan yang kini menjawab bagi pihak 1MDB dan kerajaan dan sekaligus menyangkal laporan palsu yang disebarkan oleh WSJ dan MalaysiaKini ini.

 Pihak yang berkaitan seperti Kementerian Komunikasi dan Multimedia dan PDRM dituntut untuk menyiasat laporan fitnah yang diterbitkan oleh MalaysiaKini yang secara terang-terangan mencedok laporan palsu yang diterbitkan oleh WSJ untuk memburukkan imej 1MDB dan kerajaan Malaysi
-PRU14- 


One Response

  1. kak radi says:

    Hanya org bodoh dn bangang tahap maximem saja yg percaya laporan WSJ .

Leave a Reply

Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.