..

..

KONSPIRASI MATLAMAT MENGHALALKAN CARA DIGUNAKAN MAHATHIR UNTUK JATUHKAN UMNO & BN

on Friday, July 29, 2016 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments





Ketua Penerangan UMNO Malaysia, Tan Sri Annuar Musa berkata, UMNO sedar bahawa wujudnya konspirasi yang diketuai oleh Tun Mahathir Mohamad dalam usaha untuk menjatuhkan Perdana Menteri dan Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak.

 Justeru itu, beliau menyeru kesemua kepimpinan dan ahli UMNO bertekad meningkatkan perpaduan serta solidariti di bawah kepimpinan Datuk Seri Najib dan berhati-hati dengan sebarang perkembangan yang berlaku di dalam atau pun di luar negara.

“Saya meminta agar ahli-ahli UMNO lebih berhati-hati dan meneliti setiap isu yang dibangkitkan lebih-lebih lagi yang datang dari negara luar yang mempunyai rekod suka campur tangan dalam hal ehwal negara lain, khususnya negara Islam yang mana kita boleh lihat campur tangan asing itu telah membawa kepada ketidakstabilan politik sehingga boleh mengheret negara ke kancah peperangan sepertimana yang berlaku di negara-negara Islam hari ini. 

 “Saya berkata demikian kerana kita sedar bahawa komitmen Malaysia kepada dunia Islam yang begitu tinggi, sikap berkecuali kita terhadap kuasa besar, keakraban kita dengan negara China dan Russia, serta pendirian teguh kita menyokong Palestin dan menolak kekejaman Israel adalah antara punca negara kita yang kecil ini sentiasa diintai negara tertentu. 

 “Mereka ini hanya menunggu ruang dan peluang mereka masuk campur. Lebih- lebih lagi apabila kita ikuti perkembangan terkini yang membabitkan perebutan kuasa di Laut China Selatan,” ujarnya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

 Tambah beliau lagi, UMNO juga amat memahami keupayaan dan pengalaman Tun Mahathir dalam selok belok merencanakan konspirasi politik untuk menewaskan musuh politiknya yang berpunca daripada dendam beliau terutama berhubung karier politik anaknya di dalam UMNO.

 “Maka dengan sebab itu, UMNO dan saf kepimpinannya mestilah berwaspada agar kita tidak terperangkap dalam grand design yang direncanakan Tun M untuk merampas kuasa di dalam UMNO dan kerajaan yang kita lihat hari ini menggunakan apa cara sekalipun tanpa mempedulikan prinsip demokrasi sehingga sanggup melibatkan kuasa luar 

 “Kita percaya kaedah matlamat menghalalkan cara yang selama ini menjadi ‘trademark’ tindakan Tun M akan terus dipergunakannya dalam usahanya untuk menjatuhkan Datuk Seri Najib Tun Razak ekoran dendam dan nafsu politik peribadinya semata-mata,” tegasnya.

 Manakala dalam menangani episod terbaru berkaitan 1MDB yang kini melibatkan kuasa besar Amerika Syarikat, , beliau menyeru rakyat termasuk ahli UMNO agar meneliti ‘the big picture’ daripada semua sudut agar rakyat tidak terperangkap dalam usaha sengaja “mencari salah” dengan niat bagi membina persepsi dan prasangka buruk.

 “Dalam surah Al Hujarat ayat ke 12, Allah swt telah berpesan kepada orang-orang yang beriman agar menjauhi segala syak wasangka kerana sebahagian besar syak wasangka itu adalah dosa. Di dalam ayat tersebut juga memerintahkan umat Islam agar tidak mencari-cari kesalahan orang lain dan mengumpat sebahagian yang lain.

 “Sebab itu amat penting bagi rakyat, khususnya umat Islam di negara ini agar sentiasa berhati-hati dalam menerima sebarang maklumat yang boleh menimbulkan syak wasangka sehingga mewujudkan persepsi buruk terhadap kepimpinan Islam di negara ini.

 “Jika kita meneliti pendekatan yang diambil pihak tertentu dalam usaha mereka mencemar imej kepimpinan negara, segala fakta yang mereka dakwa itu hanyalah bersandarkan andaian,’innuendos’, fitnah, tuduhan serta dendam kesumat semata-mata,” jelasnya. -MediaUMNO


Leave a Reply

Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.