..

..

KERANA ISU ZAKIR NAIK , DR MAZA SOUND PEDAS PORTAL MALAYSIAKINI

on Friday, July 8, 2016 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 3 Comments




Percubaan Malaysiakini untuk mengaitkan pendakwah Islam DZN dengan keganasan amat jelek dan tidak berasas. Lebih buruk lagi cuba untuk mengaitkan pemimpin Kerajaan Malaysia yang menghormati kedatangan DZN pada April lepas  seakan melayan pengganas.

Ada perkara yang saya secara peribadi setuju dan juga TIDAK setuju dengan pendekatan DZN. Namun untuk mengaitkan beliau sebagai pendakwah yang menggalakkan keganasan sangat TIDAK benar. Saya mendengar banyak ceramah beliau, saya tidak dapati hal yang seperti itu.

Saya pelik mengapakah Malaysiakini begitu memusuhi para pendakwah seperti DZN tanpa alasan yang kukuh. Saya kurang hairan jika HINDRAF ataupun ASWAJA tidak setuju dengan DZN kerana mereka memang demikian cara mereka.

Saya rasa perasaan terpendam Malaysiakini ialah kebencian dan rasa permusuhan yang mendalam terhadap Islam itu sendiri.

JIKA BENAR Malaysiakini itu mewakili hati jiwa pihak yang ingin menukar kerajaan yang sedia ada, saya rela berdiri teguh memastikan kerajaan yang ada terus berkuasa. Itu lebih baik daripada suatu keadaan yang lebih buruk yang akan berlaku. Lebih baik kekal dalam keadaan yang ada daripada bertukar kepada suasana permusuhan agama, kebencian yang dibakar atas permusuhan terhadap satu agama, khususnya Islam.

 Saya akan berdiri tegap mempertahankan apa yang ada daripada mengubah kepada sesuatu yang saya rasa bersedia memusuhi agama saya tanpa sebab.

Fb :  Dr Maza

*** Bulan Syawal baru nampaknya telah  dibukakan hati Mufti Perlis untuk kenal siapa Malaysiakini portal anti Islam dan penyebar kebencian.


3 Responses

  1. Ikhlas ke dia chakap tu? Siap nak pertahan kerajaan yg dia sendiri kata korup? Ustaz seperti Maza ni kena hati2..seperti ular

  2. Anonymous says:

    nak kata bengap ada phd.. baru skrg nak sedar ke.. dia ni pun satu mcm lalang.. kejap sana kejap sini

  3. Anonymous says:

    Maka sahlah selama ini dia memang penyokong pakatan yg berteraskan si kafir harbi. Semoga kesedaran ini berpanjangan.

Leave a Reply

Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.