..

..

KERAJAAN DAP NAK BUAT PILIHANRAYA AWAL UNTUK PASTIKAN DINASTI LIM TERUS BERKUASA ?

on Friday, July 22, 2016 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments



Guan Eng rupanya nak buat Pilihanraya Negeri ini ada sebab tertentu untuk masa depan politiknya  . Patutlah PKR tidak bersetuju semborono dengan cadangan ini dan mahu berbincang lebih lagi. 

Dinasti LIM atau prokasi  perlu dikekalkan dalam kerajaan DAP walaupun Guan Eng menjangkakan dirinya bakal meringkuk dalam penjara atas kesalahan rasuah pembelian banglo .

Amat malang sekali rakyat P.Pinang terpaksa menghadapi kempen politik kerajaan DAP  berterusan di negeri ini tetapi masalah rakyat tidak diselesaikan seperti isu banjir baru-baru ini . 




UMNO Pulau Pinang menggesa Kerajaan Dap Pulau Pinang menggunakan mandat yang diberikan rakyat dan berbaki dua tahun ini untuk lebih menumpukan kepada menyelesaikan masalah-masalah yang dihadapi oleh rakyat Pulau Pinang seperti masalah perparitan dan saliran yang menyebabkan banjir semakin kerap berlaku apabila hujan lebat, ujar Pengerusinya, Datuk Seri Zainal Abidin Osman.

 Menurutnya, Lim Guan Eng ternyata terdesak dan mengambil tindakan tergesa-gesa untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang kerana hasrat Dap untuk mengadakan pilihan raya negeri (PRN) tergempar atau “snap polls” bukan lagi satu kejutan kerana berita mengenainya sudah menjadi tajuk perbualan umum.

“Kes rasuah yang dihadapinya adalah kes peribadi. Beliau tidak seharusnya melibatkan rakyat dalam kes mahkamah beliau.

Sebaiknya Dap mengkaji semula cadangan tidak masuk akal mereka itu. “Mengadakan PRN bukan cara untuk membebaskan Lim Guan Eng dari dua pertuduhan rasuah terhadap dirinya yang sudah dihadapkan ke Mahkamah. Hanya Mahkamah yang boleh menentukan sama ada Lim Guan Eng bersalah atau tidak,” tegasnya di dalam satu kenyataan media.

 Sekiranya DUN Pulau Pinang dibubarkan bagi mengadakan PRN lebih awal dan langkah ini diikuti oleh negeri-negeri lain, rakyat akan terbelenggu dengan kempen politik dan pilihan raya berterusan sepanjang tahun, katanya lagi. 

“Ini akan merencatkan dan menganggu-gugat program-program pembangunan kerajaan untuk rakyat kerana banyak tumpuan akan diberikan kepada pilihan raya.

 “Apakah motif sebenar Lim Guan Eng di sebalik hasrat mengadakan PRN lebih awal adalah untuk meletakkan seorang proksi atau ahli keluarga Lim bertanding di kerusi DUN Pulau Pinang bagi tujuan memastikan keluarga Lim terus menguasai Kerajaan Pulau Pinang sekiranya keputusan Mahkamah nanti tidak menyebelahi Lim Guan Eng? 

 “Apa yang lebih menggemparkan dan mengejutkan kita adalah ketidak-yakinan Pkr, sekutu politik Dap sendiri terhadap hasrat Dap mengadakan PRN tergempar. Malah Pkr turut mempersoalkan rasional dan kewajaran hasrat Lim Guan Eng dan Dap itu,” jelasnya lagi. 

 Walaupun begitu, UMNO Pulau Pinang sentiasa mempertingkatkan persediaannya untuk menghadapi kemungkinan berlaku pilihan raya dan akan menggerakkan Bilik Gerakan di setiap kawasan DUN dan Daerah Mengundi yang memasuki ‘mode pilihan raya’ memandangkan Parlimen semasa akan tamat tempoh dalam masa 24 bulan sahaja lagi, ujarnya.

 Tambah Zainal lagi, pemimpin Dap seringkali mendesak mereka yang didakwa atau disiasat melakukan rasuah melepaskan jawatan yang dipegang tetapi dalam kes rasuah Lim Guan Eng mereka tidak berbuat demikian, malah mereka menyokong Lim Guan Eng untuk terus memegang jawatan Ketua Menteri Pulau Pinang dan Setiausaha Agung Dap.

 “Ini adalah sikap ‘double standard’ dan tidak bikin serupa cakap. “Dap tidak sepatutnya menangguhkan pemilihan CEC mereka yang sepatutnya diadakan September tahun ini. Ahli-ahli parti Dap yang sebenarnya perlu diberi peluang untuk menentukan sama ada mereka mahu terus dipimpin oleh seorang Setiausaha Agung yang dituduh melakukan rasuah atau tidak,” katanya lagi. – Media UMNO.


Leave a Reply

Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.