..

..

KEENGGANAN KOSONGKAN JAWATAN, GUAN ENG SUDAH LUPA DEKLARASI ANTI RASUAH DAPSY 1993 #LGExit

on Friday, July 1, 2016 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment



Keengganan dan kedegilan Guan Eng untuk meletakkan jawatan Ketua Menteri P.Pinang terus didesak rakyat .  Selaku parti yang sering bercakap tentang  anti rasuah sejak dahulu lagi , kini bila terpalit najis korup rasuah terhadap Guan Eng sendiri , mereka bersikap hipokrit walaupun sudah dituduh di mahkamah tinggi . 

Adakah DAP sudah campak  Deklarasi Tanjong 1992 dan Deklarasi Anti Rasuah Dapsy Kulai 1993 yang dipejuangkan mereka dulu ? 
Ini bermakna parti DAP hanya berlakon depan orang Cina untuk meraih undi  bahawa mereka parti paling bersih dan tak makan rasuah tetap hakikatnya bila kena batang hidung sendiri langsung tiada rasa tanggungjawab !!

Ayuh rakyat P.Pinang kita harus tolak dan desak Guan Eng agar melepaskan jawatan Ketua Menteri . 
Kita tidak mahu memiliki seorang Ketua Menteri KORUP mentadbir dan memalukan negeri ini bila kes beliau dibicarakan di mahkamah !! 




Guan Eng Runtuhkan Imej DAP dan Kerajaan Negeri
1. Penahanan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng adalah tindakan yang wajar sesuai dengan segala bukti yang telah diperoleh SPRM selama ini. Lim tidak boleh terkecuali dan berselindung di sebalik kedudukan sebagai Ketua Menteri dan hakikat ini mesti diterima secara terbuka oleh semua pihak.
2. Samada DAP mahu mengakuinya ataupun tidak, penahanan Guan Eng ini sudah sama sekali meruntuhkan kepercayaan rakyat terhadap aspirasiparti DAP.
3. 'Deklarasi Tanjong' milik DAP yang dicanangkan sejak 1992 - yang menekankan soal usaha melawan autokrasi, rasuah, eksploitasi dan penindasan; sudah bercoreng dengan kes Guan Eng.
4. Benar, Guan Eng tidak bersalah selagi tidak dihukum (innocent until proven guilty); namun pembawaan kes ini ke mahkamah menggambarkan 'asas perjuangan' DAP sendiri sudah comot dan berlumpur.
5. Jika Guan Eng mempunyai sedikit rasa tanggungjawab - beliau wajar mengosongkan Pejabat Ketua Menteri sepanjang kes ini berada dalam perbicaraan.
6. Keengganan Guan Eng mengosongkan jawatan, memberi bayangan kesungguhan DAP membanteras rasuah adalah 'retorik politik' dan bukannya komitmen yang bersungguh.
7. Minta Guan Eng rujuk pendirian tegas 'Deklarasi Anti Rasuah DAPSY di Kulai' (1993). Jika Guan Eng punya harga diri, beliau juga wajar meletakkan jawatan sebagai Setiausaha Agung secara serta merta. Lumut dan keladak rasuah DAP tidak boleh ditutup dengan politik simpati.
Datuk Seri Reezal Merican
Timbalan Pengerusi
Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang


One Response

  1. Anonymous says:

    tak payah nak sibuk..panglima bugis terpalit mcm2 skandal pun buat bodoh je..tak rasa pun nak berehat ke..apa lg letak jawatan..2x5

Leave a Reply

Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.