..

..

ISU KESELAMATAN : PM MINTA RAKYAT FAHAM PERUBAHAN PERATURAN DILAKUKAN KERAJAAN @NajibRazak

on Saturday, July 30, 2016 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment




Isu ancaman DAESH  tentunya menjadi bualan panas  rakyat  sejak insiden di Puchong dan beberapa individu telah ditangkap . Ini membuktikan ancaman ini adalah benar bukan direka cerita kerajaan seperti didakwa penyokong2 pembangkang di media sosial. 

Malaysia juga turut tidak terkecuali dan tiada mana-mana di dunia 100 % tahap keselamatannya boleh jamin negaranya selamat 


Tiada mana-mana negara dalam dunia ini mampu terselamat daripada ancaman Daesh ketika ini termasuk Malaysia, kata Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Menurut Najib, apa yang perlu sekarang ialah Malaysia meningkatkan aspek keselamatan serta menukar cara prosedur operasi standard keselamatan termasuk perjumpaan pemimpin dan juga rakyat atau sebaliknya. 


"Di Malaysia budaya kita lebih terbuka di mana rakyat boleh berjumpa pemimpin pada bila-bila masa malah mereka juga sekarang suka berselfie dengan kita. 

"Itu memang dah tak boleh ubah dan kita juga tidak akan menukar budaya itu jadi kita hanya boleh tingkatkan aspek keselamatan, kesiapsiagaan, kesedaran dan kerjasama oleh semua pihak," katanya selepas mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini hari ini. 


Sehubungan itu kata Najib, rakyat juga diminta agar dapat menerima kenyataan terhadap beberapa perubahan peraturan yang dilakukan kerajaan yang kini dilihat agak ketat dan drastik. 


"Saya harap rakyat faham, ini adalah sesuatu yang tak dapat kita elakkan. 


"Bukan yang dikehendaki kerajaan sebenarnya tapi disebabkan oleh senario keselamatan masa kini yang menuntut kerajaan perlu melakukan perubahan yang sewajarnya," katanya. - UTUSAN ONLINE 


Ini sahaja cara yang boleh dilakukan kerajaan iaitu iaitu meningkatkan aspek keselamatan dan SOP .  


Nanti kalau sekat rakyat daripada bertemu dan bersalam dengan PM akan dituduh pulak pemimpin  ta kut jumpa rakyat dan  juga akan  di spin oleh portal meloyakini  ketika Rumah Terbuka PM di Putrajaya lepas .

Jika masih ada yang masih mempelekehkan bahawa negara ini sudah tak selamat , negara maju yang lain seperti Perancis  juga diserang pengganas . 



One Response

  1. Elok lah tu. Aku sokong dan faham. Jgn pak mat tempe dituduh daesh dah la. Kesian org tua tu.

Leave a Reply

Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.