..

..

DAP TERLALU EMOSI & DOUBLE STANDARD BILA DINASTI LIM DIDAKWA MAHKAMAH

on Wednesday, July 13, 2016 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments


Tembelang DAP dan sikap emosi mereka bila berdepan Dinasti Lim iaitu Guan Eng didakwa mahkamah atas kesalahan rasuah  terus dipertikaikan rakyat .

Hanya pengikut tegar dan kroni mereka sahaja masih terus menjadi macai DAP mempertahankan pemimpin korup ini yang takut untuk mengambil cuti dari memegang jawatan Ketua Menteri .

Penulis Oh Tong Keong daripada akhbar berbahasa Cina, Kwong Wah berkata, apabila terdapat khabar angin bahawa pemimpin Barisan Nasional (BN) terlibat dengan rasuah, pemimpin-­pemimpin DAP de­ngan pantas meminta mereka mengambil cuti sehingga selesai walaupun tidak disabitkan kes. Walau bagaimanapun kata­nya, apabila hal itu berlaku kepada pemimpin DAP atau didakwa di mahkamah, mereka berpendirian bahawa pemimpin mereka tidak perlu mengambil cuti.

“Jika Guan Eng benar-benar bersih dan tidak bersalah, saya yakin mahkamah akan membebaskannya. Saya yakin bahawa sistem kehakiman di negara ini adil. “Sama ada Guan Eng bersalah atau tidak sewajarnya dibiarkan kepada mahkamah untuk menentukannya dan tiada sesiapa seharusnya cuba mempengaruhi keputusan mahkamah,” katanya dalam tulisan bertajuk ‘Adakah Badan Kehakiman Tidak Adil?’ dalam akhbar itu hari ini.

Sebagai contoh, menurut beliau, pada 14 Disember 2011, Guan Eng menyaman Utusan Malaysia dan memenangi RM200,000, pada 26 Mac 2015, Guan Eng menyaman Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) dan New Straits Times dan setiap kes beliau menang RM550,000 dan RM200,000. Pada 10 Disember 2015, kata­nya, Guan Eng sekali lagi menya­man Utusan Malaysia dan menang RM250,000.


Jika kita lihat kepada rekod mahkamah , Guan Eng memenangi lebih banyak kes di mahkamah dan kebanyakannya beliau memenangi sejumlah besar pampasan daripada pihak pembelaan. Kalau diikutkan duit itu sudah cukup untuk membayar wang jaminan kepada mahkamah !

Sungguh memalukan bila DAP menggunakan beberapa lawyer Pakatan dari  BAR Council untuk mempertikaikan kredibiliti Peguam Negara untuk mengetuai pendakwaan terhadap Guan Eng .

Guan Eng tak perlu takut dengan undang-undang kerana terbukti melalui cara ini beliau sudah memperoleh duit dengan mudah dengan memenangi kes .





Leave a Reply

Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.