..

..

DAP MARAH & BENGANG KEPADA PKR PUNCA GAGAL BUAT PRN TERGEMPAR ! #LGEXIT

on Sunday, July 31, 2016 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments




Drama #SnapPoll / Pilihanraya tergempar yang mahu dilaksanakan DAP bagi menyelamatkan Guan Eng daripada kerusi Ketua Menteri terjawab .

Hari  ini Ketua Menteri, Lim Guan Eng, hari ini mengumumkan pembatalan cadangan mengadakan Pilihan Raya Negeri (PRN) tergempar di negeri ini. 

 Guan Eng, berkata keputusan itu dibuat selepas mengambil kira pandangan PKR yang tidak bersetuju untuk melaksanakan cadangan berkenaan. 

"Keputusan ini dibuat selepas mengambil kira cadangan PKR yang mahu mengambil dua kerusi disandang DAP, sekiranya mahu persetujuan parti itu untuk melaksanakan syor berkenaan. 

"DAP sama sekali tidak bersetuju dengan cadangan dikemukakan PKR, selain berpandangan ia tidak relevan untuk dilaksanakan.

 "Justeru, DAP tidak akan teruskan cadangan untuk mengadakan PRN dan ia dimuktamadkan selepas rundingan mengenainya dibuat bersama kepemimpinan DAP Pulau Pinang dan Pusat," 


Alasan dangkal kegagalan  yang memalukan DAP ialah hanya berkisar tentang pengagihan kerusi untuk ditandingi dalam parti antaran PKR - DAP . DAP memang marah dengan situasi ini  kerana gagal laksanakan PRN dan itu mereka menyalahkan dan menganjingkan  PKR .

 PKR pada dasarnya dilihat bersetuju PRN ini tetapi cadangan mahu mengambil 2 kerusi DAP itu sahaja membuatkan Tokong DAP mengamuk sekaligus terus membatalkan cadangan untuk PRN .



Selain itu , ramai penganalisis dan pemerhati politik juga berkata Pilihanraya tergempar ini akan menguntungkan BN bukannya DAP dan Pakatan Harapan .

Ini disebabkan faktor  perpecahan yang cukup serius komponen Pakatan Harapan ini dapat dilihat apabila mereka gagal dalam mencapai konsensus dalam bilangan kerusi yang akan ditandingi oleh parti masing-masing.

Malah  rakyat khususnya di Pulau Pinang hilang sepenuh kepercayaan terhadap Ketua Menteri Pulau Pinang yang terpalit dengan skandal pembelian banglo dibawah harga pasaran dan meluluskan permohonan zon semula tanah pertanian di Balik Pulau kepada tanah perumahan milik syarikat Phang Li Koon, Magnificent Emblem.

Jadi , setelah cakap Guan Eng kononnya mahu selamatkan rakyat melalui Pilihanraya tergempar ini gagal disebabkan sekutu mereka tak setuju , eloknya dia yang terpalit tuduhan rasuah dan korup di mahkamah agar segera   meletak jawatan secara terhormat dari kerusi Ketua Menteri . 







Leave a Reply

Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.