..

..

DAP BANGGA TERUS MINTA DERMA POLITIK SEBAB PENDERMA TAK PERSOAL KEGUNAAN ?

on Tuesday, July 12, 2016 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments

Mudah sungguh DAP buat duit ...
Walaupun duit jaminan Guan Eng sebanyak RM1 juta sudah cukup dikutip , tetapi tindakan angkuh DAP yang mengambil kesempatan untuk terus mengutip dana untuk parti jelas amat  MEMALUKAN ! 
Malah dengan bangga mereka turut  mendakwa penderma tidak mempersoalkan kegunaan duit itu .

Anthony menjelaskan, penderma tidak pernah mempersoalkan kegunaan sumbangan mereka kerana parti itu sentiasa telus mengenai perkara berkenaan.
“Mereka yang menderma yakin terhadap DAP kerana mereka menderma kepada DAP selama ini dan kebimbangan berhubung cara kita menggunakan sumbangan itu tidak dibangkitkan penderma.
Mereka tahu DAP menggunakan hasil sumbangan itu untuk tujuan politik,” katanya
Betul ke DAP telus dalam menguruskan duit ??  

Penderma dari kroni mungkin tak persoal tapi kalau dari rakyat , mereka juga tentu mahu tahu ke mana wang itu dibelanjakan ! 

Lebih menarik lagi , kini wang derma itu juga akan digunakan sebagai wang guaman untuk semua ahli DAP yang dituduh di mahkamah seperti Guan Eng.  

Bijak sungguh DAP memutar belit cerita  bagi mengunakan wang itu dan tidak lama lagi Nga Kor Ming juga tentunya akan menerima faedah yang sama jika kes menghina duit Raya di perayaan Aidilfitri diheret ke mahkamah . 


Dalam masa sama, Loke turut memaklumkan bahawa sumbangan derma yang dilancarkan bukan hanya dibuat untuk Guan Eng, sebaliknya sumbangan yang dilancarkan itu dibuat untuk semua ahli DAP yang menerima nasib seperti Setiausaha Agung DAP itu.
.


Leave a Reply

Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.