..

..

BUBAR DUN AWAL , KERAJAAN P.PINANG & RAKYAT BAKAL JADI MANGSA SEORANG KM KORUP ?

on Monday, July 11, 2016 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 4 Comments



Selepas didesak rakyat P.Pinang agar Ketua Menteri  Guan Eng  yang dituduh rasuah agar meletak jawatan dan bercuti ,  kini DAP semakin tertekan .

Taktik terbaru kerajaan DAP untuk mengelakan melantik pemangku KM ,  terdapat cadangan untuk dipertimbangkan untuk membubarkan DUN supaya Piliharanya diadakan .

Tak masuk akal hanya kerana seorang Ketua Menteri korup sedang menghadapi tuduhan rasuah yang dibuatnya kerana membeli banglo murah , kini rakyat terpaksa hadap Pilihanraya yang tentunya membazir wang rakyat.

Mengapa tidak dilantik Pemangku Ketua Menteri dari kalangan TKM 1 dan TKM 2 ??

Kalau ia berlaku kepada BN , tahu pulak mereka mencadangkan orang tertentu untuk mengambilalih jawatan .

Rakyat P.Pinang wajib membantah cadangan gila ini hanya kerana mahu selamatkan Ketua Menteri korup !!



Kenyataan Media
Datuk Seri Zainal Abidin Osman
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO P.Pinang



*"Snap Polls"*

" Menurut laporan media Kerajaan Negeri Pulau Pinang dikatakan sedang memperimbangkan cadangan untuk membubarkan DUN supaya boleh diadakan Pilihanraya Negeri berikutan pendakwaan salah laku rasuah terhadap Ketua Menteri Lim Guan Eng di Mahkamah."

" Ini adalah suatu cadangan yang akan membazirkan wang rakyat. Adalah tidak wajar berjuta-juta Ringgit wang rakyat dibelanjakan untuk mengadakan referendum hanya kerana Lim Guan Eng tidak mahu bercuti atau melepaskan jawatan Ketua Menteri walaupun sedang mengahadapi dua pertuduhan rasuah di Mahkamah. "

" Pembubaran DUN lebih awal kebiasannya dilakukan oleh seorang Ketua Menteri yang sedang mengahadapi krisis keyakinan terhadap dirinya. Apakah ada kemungkinan Lim Guan Eng merasakan yang beliau sudah hilang kepercayaan majoriti Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang dari Pakatan dan perlu membubarkan DUN ? "

" Rakyat perlu ingat bahawa yang dihadapkan ke Mahkamah atas pertuduhan salah laku rasuah adalah Lim Guan Eng dan bukannya Kerajaan Negeri Pulau Pinang; yang akan dibicarakan nanti adalah Lim Guan Eng dan bukannya Kerajaan Pulau Pinang. "

" Kenapa Lim Guan Eng dan Kerajaan Pulau Pinang perlu mengheret rakyat dalam kes rasuah yang sedang dihadapi Lim Guan Eng sedangkan ruang dan peluang luas telah disediakan oleh sistem Kehakiman dan Mahkamah negara untuk beliau membuktikan yang beliau tidak bersalah? "

" Apakah cadangan untuk mengadakan Pilihanraya Negeri lebih awal ini satu muslihat politik oleh DAP dan Pakatan Harapan untuk mengaburi mata rakyat dari melihat kemungkinan salah laku dan rasuah oleh Lim Guan Eng apabila kes dibicarakan nanti ? "

" Apakah Lim Guan Eng dan Pakatan Harapan takutkan kebenaran yang muncul di Mahkamah nanti bila perbicaraan bermula akan secara langsung menjejas sokongan rakyat terhadap Lim Guan Eng, DAP dan Pakatan Harapan ?"

" Samada bersalah atau tidak Lim Guan Eng yang dituduh melakukan salah laku rasuah dalam pembelian sebuah banglo di bawah harga pasaran daripada seorang ahli perniagaan yang ada hubungan perniagaan dengan Kerajaan Negeri akan ditentukan melalui perbicaraan di Mahkamah. Pilihanraya Negeri malah referendum bukan cara untuk menentukan samada Lim Guan Eng bersalah atau tidak bersalah melakukan rasuah."

" DAP sepatutnya memikirkan untuk melantik seorang Pemangku Ketua Menteri Pulau Pinang dan mengarahkan Lim Guan Eng untuk bercuti sehingga perbicaraan kes rasuah beliau selesai sekiranya DAP betul-betul serius mempertahankan integriti dan ketelusan dalam pentadbiran Kerajaan Negeri Pulau Pinang."

" Sekiranya Kerajaan Negeri berasa khuatir atau gusar mengenai tahap sokongan rakyat terhadap Ketua Menteri dan Kerajaan Negeri sendiri berikutan kes rasuah Ketua Menteri, Kerajaan Negeri boleh mengarahkan Penang Institute untuk menjalankan kajiselidik atau survey di kalangan rakyat Pulau Pinang. Kerajaan Negeri Pulau Pinang juga boleh meminta "badan-badan Bebas" lain untuk melaksanakannya. "

Terima kasih.


4 Responses

  1. Anonymous says:

    Bubar or not, jail is waiting......... Padan muka......!!!!

  2. DAP/LKSial/LGEgo termasuk PKR/PAN menyangka mereka "berkuasa dan maha suci" kerena golongan golongan ini lupa bahawa yg Maha Berkuasa hanya Allah. Dlm kes LGEgo ni, mana perginya Rafizi yang tak habis-habis nak menabur fitnah terhadap institusi kerajaan dan yang berkaitan dengan nya. Apa yang dihadapi oleh LGEgo tu adalah Ujian Allah.Tunggulah ketentuanNya.

  3. Anonymous says:

    Awat UMNGOK xleh menang ka? Pi la tabuq duit kt sana...belen duit banyak lagi kot

  4. Anonymous says:

    Lawan tetap lawan. Bubar DUN tetap bubar.

Leave a Reply

Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.