..

..

BILA MAHATHIR SALAHKAN BN NAK PENJARAKAN GUAN ENG PUNCA PILIHARAYA MENGEJUT

on Monday, July 25, 2016 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 6 Comments




Cukup melucukan seorang bekas PM Tun  Mahathir yang pernah dituduh juga memenjarakan ramai orang semasa pemerintahannya seperti Anwar Ibrahim , kini  menyalahkan kerajaan pulak sebagai punca kerajaan DAP mahu mengadakan Pilihanraya negeri mengejut . 

Apakah Mahathir tahu akan sebab kesalahan rasuah dilakukan Guan Eng itu ?? 

Tiada siapa yang berkonspirasi pun  untuk memaksa dia membeli rumah banglo itu di bawah harga pasaran dengan perempuan yang mempunyai perniagaan dengan kerajaan negeri . Kesalahan itu dilakukan dia sendiri bukannya agenda kerajaan untuk memenjarakannya . 

Sekarang apa saja mai la apa  najis seperti rasuah pun  dilakukan pembangkang., ia akan dipertahankan Mahathir dan disalahkan kerajaan.

Untung DAP kerana sudah ada jurucakap baru DAP pertahankan rasuah TOKONG parti itu  ....



KAJANG, Sabtu – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad percaya rancangan parti rasis dan cauvinis DAP untuk mengadakan pilihan raya mengejut di Pulau Pinang adalah berikutan agenda kerajaan yang mahu memenjarakan Ketua Menteri, Lim Guan Eng.

Bagaimanapun, Tun Dr Mahathir berkata, beliau tidak peduli sama ada pilihan raya negeri (PRN) itu diadakan atau tidak dan berpendapat ianya bergantung kepada pandangan masing-masing.

“Saya sendiri tidak tahu sebabnya. Tetapi saya percaya, ini ada kaitan dengan rancangan kerajaan untuk memasukkan Guan Eng dalam penjara.

“Bila dia masuk penjara, susahlah bagi dia untuk mentadbir. Jadi, jika diadakan pilihan raya, dan DAP menang bermakna selama lima tahun lagi kerajaan negeri itu dikuasai oleh DAP.

“Ia bergantung pada pandangan masing-masing. Kalau pada kerajaan mungkin tidak patut, tetapi bagi DAP mungkin patut. Namun, bagi saya tidak peduli perkara itu,” katanya ketika ditemui pemberita pada Majlis Sambutan Aidilfitri Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) di sini, hari ini.

Sebelum ini, Guan Eng berkata, dia mungkin dipenjarakan atas pertuduhan rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang dikatakannya satu konspirasi politik Barisan Nasional (BN).

Guan Eng mendakwa pertuduhan itu adalah satu cara untuk membunuh karakternya.

“Sebab itu kita perlukan pilihan raya negeri… biar rakyat diberi mandat untuk memilih pemimpin mereka,” katanya.


6 Responses

  1. Anonymous says:

    Bagus tu TM ...makin ke hujung usia makin merapu..apa yg dia buat dulu dah lupa..duduk rumah lah beribadat..dah tak lama usia tu.

  2. Anonymous says:

    mmg salah najib.. najib telah mengupah pang li khon utk memerangkap LGE..hahaha

  3. Anonymous says:

    inilah hasil doa almarhum hj fadhil noor presiden PAS (sebelum PAS masuk lobang Taik DAPigs)dulu...mendoakan Tun Mahathir panjang umur agar dapat di perlihatkan keburukan dan kebusukan hatinya sebelum nyawa terhenti..

  4. Anonymous says:

    DAP ini jika untuk mencapai kehendak mereka taik Mahathir pun depa sanggup makan.

    Depa yang buat taik tuduh BN punya kerja. Rakyat dah fed up dengan cara puak-puak malaun ni buat kerja.

  5. Anonymous says:

    Kelakar giler..
    Sangkut jugak dgn umno/bn?
    Guan eng yg beli.. pang yg jual..
    Mintak tolong admin buat artikel ringkas point out this below..
    Sapa yg konspirasi ni?
    Katanya... willing seller.. willing buyer..
    Guan eng dan pang la yg konspirasi utk dpt murah..

  6. Anonymous says:

    Yer tu..Konspirasi apa plak?
    Willing seller willing buyer..
    Atas kemahuan sendiri.. now nak spin
    Kasi heboh sikit this point bro

Leave a Reply

Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.