..

..

BESTINET JAWAB TUDUHAN, SUDAH BERNIAGA & DAPAT KERAKYATAN SEBELUM ZAHID JADI MENTERI KDN

on Tuesday, July 19, 2016 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments




Isu BESTINET  yang panas pada 2015 didedahkan PKR  kononya pemiliknya  adalah syarikat ini adalah  kroni kepada TPM yang juga Menteri KDN adalah tidak benar. 

Ini kerana  Syarikat ini ini sudah  membangunkan sistem di kementerian  dan berniaga  di sini sebelum Zahid menjadi Menteri KDN dan Najib menjadi Perdama Menteri .

Malah tuduhan  pemilik syarikat ini mendapat kerakyatan negara dengan mudah semasa Zahid menjadi TPM juga fitnah kerana beliau sudah 28 tahun tinggi di sini malah berkahwin dengan orang tempatan . 





Ahli Perniagaan, Dato’ Sri Mohd Amin bin Abdul Nor, hari ini, tampil menafikan beliau mendapat kewarganegaraan secara “fast-track” daripada Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi. Dalam perbualan bersama Suara.tv, Mohd Amin yang berasal dari Bangladesh memberitahu bahawa beliau telah tinggal di negara ini sejak 28 tahun lalu, belajar bercakap dan menulis dalam bahasa Melayu dan menjalankan perniagaan di negara ini.

 “Saya telah tinggal di negara ini sejak 28 tahun lalu. Berkahwin dengan orang tempatan dan mempunyai anak. Dan menjalankan perniagaan sejak 90 an lagi di negara ini. Sebelum menetap di Malaysia Mohd Amin pernah merantau ke beberapa negara termasuk Jepun dan Singapura sebelum membuat keputusan menetap di Malaysia pada sekitar 90-an.

Sejak itu beliau menjalan perniagaan berasaskan pembekalan sumber manusia sehingga sekarang. 

Dalam wawancara tersebut juga Mohd Amin menegaskan “Lebih penting ialah dakwaan saya mendapat kewarganegaraan melalui Datuk Seri Ahmad Zahid tidak benar kerana pada ketika saya mendapat kewarganegaraan, beliau belum menjadi Menteri KDN apatah lagi Timbalan Perdana Menteri.”




 Nama Mohd Amin muncul dalam radar politik negara sejak setahun lalu apabila dituduh mempunyai kaitan rapat dengan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

 Nama beliau menjadi tumpuan apabila beberapa pihak tidak berpuas hati dengan kemunculan Bestinet Sdn Bhd sebagai salah satu penyedia aplikasi dalam talian Sistem Pengurusan Bersepadu Pekerja Asing untuk KDN.

 Pengerusi Eksekutif Bestinet, Tan Sri Azmi Khalid sebelum ini turut menafikan syarikat terbabit mengenakan caj berlebihan ke atas pekerja asing atau terbabit dalam peningkatan kemasukan pekerja asing.

 Bukan Kenalan mahu pun Proksi Zahid 

Dakwaan bahawa beliau merupakan proksi dan kenalan kepada Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sehingga membolehkan sebuah syarikat Bestinet Sdn Bhd mendapat kontrak menyediakan aplikasi permohonan dalam talian untuk kemasukan pekerja asing juga merupakan satu kesalahan fakta.

 Menurut Mohd Amin, syarikat beliau Bestinet Sdn Bhd telah dibenarkan membagunkan sistem dan menjalankan ujian keberkesanan sistem oleh Menteri Dalam Negeri sebelum Zahid dan Perdana Menteri sebelum Mohd Najib.

 “Jadi tidak timbul saya proksi kepada Ahmad Zahid atau isteri Perdana Menteri.”





 Synerflux Bukan Syarikat Proksi Saya 

 Mohd Amin juga menafikan beliau meletak bekas pekerjanya sebagai proksi dalam syarikat Synerflux Sdn Bhd.

 “Saya kekal dalammkini-synerflux syarikat Bestinet dan JR Joint Resources sehingga sekarang. Tiada sekatan mahu pun halangan untuk saya memegang saham atau apa-apa jawatan dalam syarikat di Malaysia. Jadi mengapa saya perlu menggunakan proksi dalam mana-mana syarikat? - SUARATV-


Leave a Reply

Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.