..

..

AZMIN JANGAN SYOK SANGAT , PAS BAKAL PUTUSKAN HUBUNGAN DENGAN PKR

on Thursday, July 14, 2016 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments


Baru Azmin Ali  nampak harapan selepas tawaran Tuan Ibrahim  , rupa-rupanya PAS sedang mengambil langkah untuk putuskan hubungan dengan PKR yang mengkhianati mereka di PRK Sg Besar dan Kuala Kangsar .

Kuasa memutuskan ini adalah di tangan Majlis Syura Ulama . Timbul persoalan mengapa tiba2 TImb Presiden PAS seronok menawarkan gencatan senjata dalam masa yang sama sedang  pertimbangkan untuk putuskan hubungan dengan PKR ?

Nampak sangat syok  Tuan Ibrahim syok sendiri  menawarkan gencatan senjata dan membelakangi keputusan kepimpinan parti terutama Majlis Syura Ulama .





Pengarah Pusat Penyelidikan PAS Dr Mohd Zuhdi Marzuki menyokong jika PAS mengambil langkah memutuskan hubungan dengan PKR, ia mengambil kira beberapa tindakan parti tersebut yang melanggar perjanjian kerjasama yang dipersetujui sebelum ini.
Namun, katanya beliau tidak berhak membuat keputusan tersebut kerana kuasa berada di bawah Majlis Syura Ulama PAS dan hanya boleh memberi sokongan terhadap cadangan tersebut.
“Perkara ini telah dicadangkan oleh Muslimat sewaktu Muktamar hari itu, dan segala cadangan itu akan dirumuskan oleh sekteriat Muktamar, baru lah akan dihantar kepada Majlis Syura Ulama untuk membuat keputusan.
“Kebiasaannya ia akan diberitahu dengan awal dan tidak mengambil masa yang lama untuk diserahkan kepada Majlis Syura Ulama, sekarang pun dah sebulan setengah daripada tarikh Muktamar, mereka masih sedang meneliti akan perkara itu,” katanya ketika dihubungi BNBBC.my.
Terdahulu, Dewan Muslimat PAS pada Muktamar parti yang Ke-56 baru-baru ini menerima usul mendesak parti Islam itu mengkaji semula hubungan tahaluf siyasi dengan PKR terutama pada pilihan raya umum akan datang.
Usul yang dikemukakan Dewan Muslimat PAS Kedah dan akan diserahkan kepada Majlis Syura Ulama PAS.
Mengulas lanjut, Zuhdi berkata beliau tidak mahu mempengaruhi keputusan yang dibuat Majlis Syura Ulama, namun sokongannya itu adalah berdasarkan beberapa bukti jelas yang menunjukkan PKR cuba meletakkan ‘benteng’ dengan parti Islam itu.
“Contoh dalam PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar memang satu pengkhianatan yang jelas yang dibuat oleh PKR.
“Di mana PKR secara jelas menyeru pengundi jangan undi PAS sedangkan kita ada pakatan politik.
“Ini bukti-bukti pengkhianatan yang memang sudah berlaku,” tambahnya.-13/7/2016


Leave a Reply

Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.