..

..

ALAHAI TUAN IBRAHIM ..CADANGAN SEORANG TIMBALAN PRESIDEN BUKAN WAKILI SUARA PAS

on Saturday, July 16, 2016 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments



Cadangan  oleh Tuan Ibrahim Tuan Man yang mengajak semua pihak didalam pembangkang untuk melakukan gencatan senjata terus diselar oleh ramai pihak termasuk dalam PAS sendiri .

Manakan tidak, sebelum ini, PAS begitu teruk di hina dan dicerca oleh DAP dan PAN dan secara tiba-tiba, Tuan Ibrahim mahu mengheret PAS kembali menjilat semula penghinaan yang diberikan ke  atas mereka.

Lebih mengharukan, semasa Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengemukakan Pasal 355 Rang Undang-Undang Syariah di parlimen bulan lalu, tiada seorangpun di dalam Pakatan Harapan menyokong usul ini. Malah lebih teruk, DAP paling lantang menghentam PAS sehingga tergamak melabelkan PAS sebagai parti  kuno.

Malah lebih memalukan seorang Timbalan Presiden , cakapnya tidak mewakili suara rasmi parti dan ia dianggap cadangan peribadi !!


Takiyuddin menegaskan parti itu tidak pernah membincangkan perkara itu dan sesuatu pendirian parti perlu diumumkan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang atau wakil yang diamanahkannya.
“Bagaimanapun, lontaran idea daripada timbalan presiden itu akan dibincangkan dalam mesyuarat biro politik yang akan diadakan di Pejabat Agung PAS di Kuala Lumpur, Ahad ini.
Takiyuddin yang juga Ahli Parlimen Kota Bharu berkata, ekoran  kenyataan Timbalan Presiden PAS itu, ramai ahli PAS meminta pengesahan sama ada ia merupakan pendirian parti itu.
“Kita akan mengeluarkan kenyataan berkaitan perkara berkenaan selepas mesyuarat tersebut,” katanya kepada Bernama.

Begitu juga dengan pandangan Presiden PAS bahawa parti ini tidak akan bersama parti2 pembangkang sertai Pakatan Mahathir . 




PAS menolak untuk menyertai Pakatan Mahathir bersama parti-parti pembangkang bagaimanapun sedia untuk bekerjasama bagi memastikan satu lawan satu antara calon parti pembangkang menentang BN dalam pilihanraya umum akan datang.
Dua perkara tersebut ditegaskan masing-masing oleh Presiden PAS Presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Ketua Pemudanya Nik Mohamad Abduh Nik Aziz.
Menurut Haji Hadi berkata, PAS tidak menyertai pakatan baru pembangkang itu kerana mereka mempunyai visi perjuangan sendiri.
"PAS mempunyai dasar dan misi tersendiri. Kami tidak campur apa yang bukan kami perjuangankan sementara perjuangan kami diketepikan," katanya kepada pemberita selepas selesai Solat Jumaat di Rusila Terengganu 



Pastinya,  cadangan Timbalan Presiden PAS ini telah memalukan parti kerana perkara ini  tidak pernah dibincangkan  dalam mesyuarat PAS Pusat  .  Ia jelas tidak selari dengan hasrat   Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang bersedia bekerjasama dengan UMNO dan mana-mana pihak asalkan kebajikan Ummah kekal terpelihara.

Apakah Tuan Ibrahim kini tidak sebulu dan selari  dengan Presiden parti seperti mana Mat Sabu dulu  ?



Leave a Reply

Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.