..

..

ALAHAI.. AMK PMTG PAUH MELATAH BILA AKHBAR CINA SINDIR ADUN PKR BAKAL KALAH PRN ?

on Friday, July 29, 2016 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments




Alahai AMK Permatang Pauh ...kenapa begitu cepat sangat melatah bila disindir di akhbar Cina bahawa 3 Adun mereka akan kalah !  Nama pun ramalan dan juga khabar angin .

 BN juga pernah diramalkan akan kalah dalam beberapa siri  PRK  sebelum ini oleh penganalisis ,ahli akademik  dan portal pro pembangkang .

Jika benar bahawa prestasi  3 Adun PKR di Penanti, Seberang Jaya dan Bukit Tengah ini dianggap telah PERFECT , maka tak perlu la takut dengan bayang-bayang ini terutama di Permatang Pauh.


Tak gentleman  la  gesaan penarikan dan mohon maaf ini dan sepatutnya hanya perlu dijawab sahaja oleh Adun  untuk tunjuk  apa kejayaan yang telah dilakukanya semasa bergelar wakil rakyat.

Biar rakyat menilai prestasi khidmat mereka ini bukannya AMK syok sendiri yakin . Itu politik kipas satay namanya ...

Apakah AMK sudah takut bila isu khidmat YB-YB  mereka mula dipersoalkan sampai ke pengetahuan rakyat  ?  Lihat sendirilah Presiden PKR sendiri pun jarang turun ke kawasan Parlimennya .







KENYATAAN MEDIA : KETUA AMK PERMATANG PAUH MENYELAR KARIKATUR AKHBAR NANYANG SIANG PAU

Angkatan Muda Keadilan(AMK) Permatang Pauh menggesa penarikan balik kartun mirip ketiga-tiga ADUN Keadilan iaitu di  DUN Penanti, DUN Seberang Jaya dan DUN Bukit Tengah daripada akhbar berbahasa Cina, Nanyang Siang Pau bertarikh 25 Julai 2016.  Karikatur kartun ini menyatakan bahawa  3 kawasan DUN berisiko tinggi untuk kekalahan jika Pilihanraya Negeri P.Pinang diadakan segera disebabkan perkhidmatan pada rakyat dikatakan kurang memuaskan dan gagal melaksanakan tugas dengan baik.

AMK Permatang Pauh yakin dan percaya bahawa tuduhan yang dilemparkan ini dalam karikatur kartun ini adalah berunsur fitnah kerana dapatan fakta yang dilaporkan adalah bersifat “hearsay” atau khabar angin. Seharusnya fakta seperti kajian bebas yang dilakukan oleh Merdeka Centre atau badan –badan bebas lain perlu dikemukakan bagi menyokong fakta di dalam karikatur tersebut.

AMK Permatang Pauh sendiri yakin dengan prestasi khidmat pada rakyat terutama oleh dua ADUN kami iaitu di DUN Seberang Jaya, YB Dr Afif Bahardin dan YB Dr Norlela Ariffin di DUN Penanti. Pelbagai agenda pembangunan infrastruktur kawasan dan khidmat masyarakat pada warga Permatang Pauh telah dilakukan mereka sejak bermula penggal khidmat pada tahun 2013 sehingga lah pada harini.

Kemakmuran yang kini dinikmati di kawasan Permatang Pauh amat dirasai oleh warga Permatang Pauh sebagai contoh projek tebatan banjir di DUN Penanti  telah diluluskan oleh Kerajaan Negeri P.Pinang.  Selain itu, Dewan SP Arena yang serba indah dan moden juga telah siap dibina di Seberang Jaya oleh Kerajaan Negeri dan perancangan seterusnya adalah pembinaan semula Pasar Awam Tenggiri yang akan memberi keselesaan kepada peniaga dan pengguna.

Justeru itu, AMK Permatang Pauh sekali lagi menggesa penarikan balik kartun artikel kartun berunsur fitnah dan melakukan pemohonan maaf oleh akhbar Nanyang Siang Pau kepada ketiga-tiga ADUN KEADILAN iaitu YB Dr. Norlela Ariffin, YB Dr Afif Bahardin dan YB Ong Chin Wen.

Mohd Sharmizan B Hj Mohammad Noor
Ketua AMK Permatang Pauh


Leave a Reply

Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.