..

..

ADAKAH PAKATAN TUN M BERANI DAFTAR DENGAN ROS SEPERTI BN DI PRU14 ?

on Friday, July 15, 2016 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 3 Comments



Semalam Tun Mahathir mengumumkan satu pakatan baru disertai parti politik pembangkang yang disertai DAP - PKR - Amanah dan juga parti baru akan ditubuhkan . Matlamat utama mereka menjatuhkan kerajaan BN di PRU14  dan melunaskan dendam terhadap Perdana Menteri bukannya membela nasib rakyat

Hebat betul orang tua ini , melalui pengumuman ini juga boleh mengesahkan Tun Mahathir sebagai de facto kepada Pakatan baru pembangkang atau lebih sedap nama PAKATUN .

Sudah tentu parti baru yang akan ditubuhkannya juga akan meletakkan TS Muhyiddin Yassin sebagai PRESIDEN parti dibantu oleh anaknya Muhkriz .   Puak-puak ini  tidak akan sertai parti pembangkang lain seperti PKR dan PAN kerana mereka ini semua gila nak menjadi Ketua dan tidak akan ikut telunjuk pemimpin pembangkang sedia ada .

GPB tak kisah pun puak-puak ini nak tubuhkan parti baru untuk melawan UMNO dan BN  tetapi kita nak tahu juga samada mereka ini boleh bersatu dalam satu Pakatan berdaftar sepertimana BN .

Jika mereka masih lagi tiada Pakatan yang menggunakan satu bendera , ia hanya Pakatan HARAM seperti mana Pakatan Rakyat diketuai Anwar Ibrahim di PRU13 .  Malah episod perebutan kerusi Parlimen dan DUN menjelang PRU14 juga tentunya akan berulang seperti PRU13  .





Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad semalam mengumumkan penubuhan satu pakatan baharu dianggotai parti politik pembangkang. 
 Dr Mahathir berkata, pakatan berkenaan yang disertai DAP, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Parti Amanah Negara sebagai parti komponen, serta mereka yang menentang kerajaan akan bekerjasama sebagai satu pasukan untuk menewaskan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum (PRU) akan datang. 
 Katanya, pakatan itu yang masih belum mempunyai nama khusus akan bergerak sebagai badan tertinggi untuk menyusun usaha dari sekarang sehingga PRU-14. 
 “Kita mahu mendedahkan segala penyelewengan BN dan membentuk kerajaan baharu bagi negara kita. 
 “Kita juga memutuskan untuk mengenepikan sebarang perbezaan antara parti komponen dan menumpukan kepada mencapai kemenangan,” katanya pada sidang media selepas menghadiri mesyuarat kira-kira dua jam semalam. 
 Turut hadir ialah bekas Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal; Penasihat DAP, Lim Kit Siang; Ahli Parlimen Bukit Katil, Shamsul Iskandar Md Akin dan Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar. 
 Mengenai penubuhan parti baharu, Dr Mahathir berkata, ia akan ditubuhkan dalam masa terdekat.


3 Responses

  1. Anonymous says:

    Menjatuhkan najib bermaksud membela rakyat la

  2. Anonymous says:

    Pada umur 92/93 sempat ke kita mrancang sesuai? Wallahualam. "Banglo kata pi,lubang....kata mar"๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜ ๐Ÿ˜ญ

  3. Anonymous says:

    Pada umur 92/93 sempat ke kita mrancang sesuai? Wallahualam. "Banglo kata pi,lubang....kata mar"๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜ ๐Ÿ˜ญ

Leave a Reply

Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.