..

..

1000 ORANG SAHAJA RAKYAT P.PINANG TURUN DEMO JALANAN MERISAUKAN GUAN ENG #LGExit

on Monday, July 4, 2016 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 2 Comments



Reputasi gah Guan Eng yang dilabel Tokong DAP  di P.Pinang  rupanya indah khabar dari rupa.

 Semasa di Mahkamah pun tidak ramai yang datang , kini protes jalanan untuk Ketua Menteri korup ini juga semakin tidak mendapat sambutan walaupun diadakan hari Ahad .

Ke mana ramai lagi pemakan dedak dalam Pakatan yang selama ini menikmati hasil daripada pentadbiran Guan Eng ?

Apakah mereka malu dan tidak mahu dikaitkan selepas melihat  Guan Eng kini semakin tertekan kerana didesak melepaskan jawatan Ketua Menteri ?

Kaum Cina juga semakin menjauhkan diri selepas melihat DAP yang sebelum ini hebat bercakap soal anti rasuah , penyelewengan tetapi bila melibatkan pemimpin besar mereka terus dipertahankan tanpa rasa malu .

Jika ia melibatkan Adun atau pemimpin DAP lain , akan terus dibuang keahlian seperti mana berlaku kepada Adun di Selangor . Tapi kalau membabikan kerabat Dinasti Lim , akan dipertahahan bermati-matian hingga sanggup mengutip derma .

Ternyata beberapakan program diatur  mereka untuk meraihkan simpati rakyat bagi pertahankan Guan Eng nampak  seperti memakan diri . Contohnya memohon derma RM10 yang dikritik hebat netizen tetapi untuk cover malu mereka mendakwa wang sudah cukup dalam tempoh 24 jam.

Situasi ini memang merisaukan Guan Eng dan konco2nya ...





PULAU PINANG 3 Julai - Ketua Menteri, Lim Guan Eng terus menggunakan protes jalanan untuk menarik simpati orang ramai berhubung dua pertuduhan rasuah yang dihadapinya pada Khamis lalu.

 Perkara itu dibuktikan menerusi penganjuran demonstrasi jalanan anjuran pembangkang di Georgetown awal pagi ini yang disertai kira-kira 1,000 orang. Berucap dalam perhimpunan itu, Guan Eng berkata, beliau ‘risau’ sekiranya sokongan rakyat terhadap dirinya dan Kerajaan DAP Pulau Pinang 'berubah' ekoran pertuduhan rasuah yang dihadapinya.

 “Bagaimanapun di sebalik kebimbangan ini, saya tidak akan meletak jawatan atau bercuti,” katanya. Perhimpunan berkenaan turut dihadiri Penasihat DAP, Lim Kit Siang; Presiden PKR, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail; Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar; Pengerusi PKR negeri, Datuk Mansor Othman dan Pre­siden PAN, Mohamad Sabu.

 Pada Khamis lalu, Guan Eng yang juga Ahli Parlimen Bagan itu dituduh menggunakan kedudukannya sebagai Ketua Menteri untuk kepentingan peribadi dan isterinya,

 Betty Chew Gek Cheng, dengan meluluskan urusan menukar status sebidang tanah daripada tanah pertanian kepada tanah kediaman dan memindah miliknya kepada sebuah syarikat,

Magnificient Emblem Sdn. Bhd. Bagi tuduhan kedua, beliau dituduh mendapatkan untuk dirinya dan isteri secara rasuah sebidang tanah serta banglo di 25, Jalan Pinhorn, George Town di sini daripada seorang ahli perniagaan wanita, Phang Li Koon pada harga RM2.8 juta. Sementara itu, ketika sidang akhbar, Guan Eng enggan mengulas ketika ditanya sesi penerangan terhadap rakyat berhubung pertuduhan rasuah yang dihadapinya akan menjadi subjudis kepada kesnya yang sedang dibicarakan di Mahkamah Tinggi.

 “Kamu dari media mana? Sudahlah, kamu boleh terus me­ngadakan pelbagai cara untuk memburukkan saya,” katanya. - See more at: http://m.utusan.com.my/berita/politik/guan-eng-mula-guna-protes-jalanan-1.350048#sthash.p2yqq4TO.dpuf


2 Responses

  1. Anonymous says:

    PADAN MUKA..............

  2. 1000 aje alahai ..baik ko tuko spek ko, dah berabok.
    Kesian ko nie..Muslim ke membohong bullan Ramadhan. Ye tak ye Kupa ko sekular!
    Kesian Melayu tak cukup akal...tak layak sebenawnya cuba berlagak bijak.

Leave a Reply

Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.