..

..

WARKAH DARI PENJARA ...LAGI ARAHAN ANWAR CHECKMATE MAHATHIR

on Wednesday, June 15, 2016 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments




"Pengaruh" Tun Mahathir semakin tergugat dan terhakis dengan dua perkara yang berlaku semalam. Pertamanya apabila Perdana Menteri Najib Razak secara terbuka mengisytiharkan tiada lagi kronisme Tun Mahathir dalam perjalanan urus tadbir Proton.


Keduanya pula apabila penasihat parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim dilaporkan sekali lagi mengirimkan ‘warkah dari penjara’ namun kali ini ia ditujukan khusus kepada para pemimpin kanan parti itu.

Menurut sumber yang ditemui sebentar tadi (petang semalam) oleh sebuah portal online, perkara itu telah diakui sendiri oleh salah salah seorang Naib Presiden PKR yang mengakui menerima warkah kedua tersebut secara peribadi.

“Kalau sebelum ‘warkah Anwar dari penjara’ itu ditujukan kepada semua ahli dan penyokong namun pada kali ini, beliau menghantar ‘surat peringatan’ tersebut secara ‘personal’ kepada beberapa orang kanan PKR yang dilihat semakin cenderung menyokong Tun Mahathir sehingga melupakan matlamat asal perjuangan parti.

“Antara yang menerima warkah khusus tersebut ialah salah seorang Naib Presiden PKR yang turut mengakui terkejut dengan tindakan Anwar itu,” kata sumber tersebut yang meminta agar identitinya dirahsiakan.

Sumber tersebut turut menjelaskan antara kandungan warkah kedua yang dikirim oleh Anwar itu ialah agar PKR segera menghentikan kerjasama dengan mantan perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

“Melalui warkah tersebut, Anwar mengarahkan agar pimpinan PKR segera menghentikan kerjasama dengan Tun Mahathir yang dikatakan hanya mahu mengunakan parti itu untuk kepentingan peribadi beliau.

“Anwar turut mengingatkan mereka kerjasama bersama Tun Mahathir akan menyebabkan rakyat keliru dengan perjuangan PKR dan sekaligus bakal menyebabkan Umno/BN kembali kuat dan berkuasa,” katanya lagi. - SuaraTV


Leave a Reply

Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.