..

..

TUN MAHATHIR PEMIMPIN TAK PERNAH KALAH TAPI KALI INI SEBALIKNYA - MUSA HITAM

on Tuesday, June 21, 2016 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 4 Comments





Isu-isu besar yang dimainkan oleh pembangkang sebenarnya memakan diri sendiri sehingga menyebabkan mereka kalah teruk dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kangsar dan Sungai Besar, kata pemimpin veteran Tun Musa Hitam.

 Beliau berkata, isu-isu seperti 1Malaysia Development Bhd. (1MDB) yang ‘dimainkan’ oleh pembangkang ketika berkempen pada PRK tidak memberi sebarang kesan kepada pengundi-pengundi dari kampung yang kebanyakannya tidak faham.

“Isu yang dibawa oleh BN pula sangat mudah, isu-isu ‘kampung’ seperti masalah jalan, sekolah, pendapatan dan pekerjaan membuatkan pengundi cepat faham,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis pelancaran Festival Seni Yayasan Sime Darby yang diadakan selama dua hari bermula 20 Ogos ini secara percuma.

 Mengulas lanjut, beliau sendiri tidak menjangka kemenangan luar biasa pada PRK kali ini terutamanya di saat bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamed menyertai barisan pembangkang untuk berkempen.

“Saya melihat Tun Mahathir sebagai seorang pemimpin yang tidak pernah kalah dalam perjuangannya sebelum ini. Kalau dia (Mahathir) turun pasti akan berjaya. Tetapi kali ini lain pula yang terjadi,” tambahnya. 

Beliau memberitahu, hanya pasukan kuat dari segi kewangan dan bersatu seperti BN mampu untuk membangunkan serta membawa perubahan kepada negara.

 “Pembangkang hanya berani cakap besar, seolah-olah indah rupa daripada berita,” katanya.

Terdahulu Musa yang juga Pengerusi Yayasan Sime Darby ketika berucap memberitahu, festival yang bertemakan Pendidikan Seni dan Masa Depan ini adalah gabungan persembahan artis-artis tempatan dan pelajar universiti di bawah bumbung yang sama.

Beliau yakin, festival ini dapat menjadi platform kepada artis-artis serta penggiat seni negara untuk menonjolkan hasil kerja serta melebarkan sayap mereka ke peringkat antarabangsa. -


4 Responses

  1. Anonymous says:

    Assalam Bro,Tun M masih belum kalah.Kami akan terus menyokong Tun M.Masa akan menentukan.Ini bukan soal menang atau kalah.Isu sebenar ialah kami mahu Najib disingkirkan dari jawatan PM.Jika tidak PRU 14 UMNO akan menjadi parti pembangkang.Ini yang kami takuti...

  2. Very objective comment from Tun Musa..he knew Tun M better..words saying..sometimes u loose sometime u win..my opinion is..Tun M is too emotional..even nobody could advise him..age could b the factors..I suggest the people around him should make him realised ..time has reached the limit.

  3. Anonymous says:

    MUSA Berhati HITAM!!!

    Sepatutnya bersyukur kerana perbuatan Tun M menguluhkan lagi sokongan kepada UMNO!!

    Mungkin itu strategi Tun.

  4. Pejuang Tanah Ayer. says:

    Selagi keris di tangan, Pantang Melayu menyerah kalah Tampa bertikam. Gerak Langkah TM sememang dah sumbang. Mengharap kehadiran TM membuat pembangkang TUMBANG.

Leave a Reply

Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.