..

..

TPM DEDAH TAKTIK KOTOR SAAT AKHIR PEMBANGKANG MENJELANG HARI MENGUNDI

on Thursday, June 16, 2016 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 3 Comments



barisan Nasional berharap menjelang hari-hari akhir proses berkempen, pengundi tidak mudah terpengaruh dengan provokasi yang ditimbulkan parti pembangkang.
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Zahid Hamidi berkata, taktik ini yang biasanya digunakan pembangkang bagi mengoyahkan sokongan pengundi atas pagar terhadap BN.
"Ada pihak yang cuba mengadakan sidang akhbar untuk membangkitkan isu disaat akhir supaya mereka yang berada diatas pagar untuk memihak kepada pihak pembangkang jadi saya ingin memberikan padangan saat akhir ini untuk pengundi jangan dengar isu khabar angin atau berita ataupun perkara-perkara baharu kononya yang menyebabkan hati kita berubah untuk tidak bersama-sama dengan calon BN,”kata beliau.
Menurut Zahid, beliau berharap pengundi di Kuala Kangsar dan Sungai Besar bijak membuat keputusan dan tidak mudah dipengaruhi sekiranya provokasi ditimbulkan parti pembangkang.
Beliau turut mengesa jentera parti untuk turut bersiap siaga berdepan serangan isu-isu yang akan menjejaskan sokongan pengundi terhadap BN.
Selain itu katanya, BN benar-benar komited untuk memperjuangkan dan melakukan yang terbaik untuk pengundi Kuala Kangsar.
"Pengumuman pembinaan Jambatan Manong dan pertukaran status Kolej Universiti Sultan Azlan Shah kepada universiti penuh antara bukti BN memahami kehendak rakyat di kawasan parlimen Kuala Kangsar,"katanya.
Sementara itu, dalam perkembangan di Sungai Besar, kata Zahid, empat lagi nelayan yang ditahan oleh pihak berkuasa Indonesia dijangka dibebaskan selewat-lewatnya hari ini.
Jelas beliau, nelayan itu diberi pengampunan oleh Presiden Indonesia Joko Widodo berikutan rundingan yang dijalankan oleh kedua-dua negara dan hubungan baik antara kedua-dua pemimpin.
"Empat lagi nelayan dari Johor yang turut sama dibebaskan.
"Mereka ini ditahan lebih awal daripada dua nelayan dari Sekinchan dan akan tiba hari ini juga," katanya pada sidang media selepas Majlis Himpunan Sahabat Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) Parlimen Kuala Kangsar bersama Timbalan Perdana Menteri dan meraikan Ulangtahun Kelab Usahawan Amanah Ikhtiar Parlimen Kuala Kangsar di Universiti Sultan Azlan Shah Malaysia (USAS) petang Rabu.


3 Responses

  1. Cik Minah says:

    INILAH yang patut dukempenkan.
    APA AKAN JADI KEPADA ANAK CUCU KITA, BILA KITA KENA TANGGONG HUTANG NAJIB DENGAN 1MDBnya.
    Ini aku cilok from AMENOWORLD. Dia menceritakan apa jadi
    kepada orang Filipina yang terpaksa menanggong hutang FERDENAND MARCOS yang dibuat 50 tahun dulu.

    "Hampir separuh abad baru hutang tersebut yang dijadualkan habis bayar pada 2025 oleh pembayar cukai Filipina. Padanlah Filipina bermasalah dan jurang kaya-miskin sangat lebar kerana kerajaannya terpaksa tanggung hutang yang tinggi.

    Generasi yang sudah pencen tiada masalah. Mereka akan pergi tinggalkan kita dengan aset dan wang KWSP. Anak-anak kecil yang baru lahir dan akan merentasi fasa-fasa getir di masa hadapan nantilah yang akan menanggung semua ini dalam bentuk pengagihan hasil mahsul negara yang terbatas kerana hutang dengan pihak luar yang perlu dilunaskan.
    Maka kuranglah biasiswa, bantuan itu dan ini.

    Ini belum diambil kira kalau rating kredit yang akan diturunkan kalau terus-menerus berita buruk akan pengurusan hutang MOF menjadi persoalan utama. Kos meminjam hutang akan menjadi lebih tinggi. Bocor lagi kocek dan kantung perbendaharaan negara.

    Jho Low senang lenang rakyat Malaysia dirampas hak mereka"

    SANGGUPKAH KAMU SEMUA MELIHAT ANAK CUCU KAMU MEREMPAT DI SELURUH DUNIA, JADI PEMBANTU RUMAH DAN BURUH KASAR MACAM INDON DAN FILIPINA SEKARANG.........??????

    Kalau tak sanggup, UNDILAH AMANAH.
    Beritahu NAJIB, dia perlu berambus. Dia beban kepada kita.

  2. Anonymous says:

    Kau tu barua DAP dan Tun kan Minah. Engkau orang lah yg patut berambus. Asyik kerja memfitnah dan menipu orang saja. Sudahlah macam diktator. Kalau engkau orang berambus, aman tau Malaysia ni. Senang Najib nak bagi bantuan pada rakyat.

  3. Anonymous says:

    Letrik ada..guna, lebuhraya ada guna,bantuan buku sekolah ada... ambik,brim ambik..masjid didirikan..buat solat,semua kemudahan tak dilepas..tapi siap kutuk lagi...Memang dasar manusia ngaku aje islam tapi MUNAFIK.

Leave a Reply

Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.