..

..

TERKINI ! GAMBAR GUAN ENG DITAHAN SPRM DI KOMTAR KES RASUAH BANGLO #DAPRasuah

on Wednesday, June 29, 2016 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 3 Comments















Petang ini Ketua Menteri P.Pinang Lim Guan Eng telah ditahan SPRM untuk didakwa di Mahkamah  esok  atas pertuduhan kes rasuah pembelian Banglo TERLAJAK MURAH  di Jalan Pinhorn . 

Merujuk tweet oleh Exco Kerajaan DAP , Dr Afif Bahardin , SPRM turut membawa waran tangkap untuk Guan Eng.  

Guan Eng telah  membeli sebuah banglo pada harga RM2.8 juta yang didakwa jauh di bawah harga pasaran dan mengaitkannya dengan penjualan tanah kerajaan negeri di Taman Manggis kepada pemaju swasta

Pemimpin yang dianggap bersih dari RASUAH  oleh penyokong DAP & Melayu Pakatan  kini sudah terpalit  malu dek kerana kes pembelian banglo .

Pembangkang  sering bercakap tentang intergriti, membasmi penyelewengan & rasuah berkenaan dengan  pemimpin BN  , tetapi hari ini pemimpin tertinggi DAP sendiri yang melakukan dan   telah MEMALUKAN RAKYAT P.PINANG !!

Mungkin inilah pembalasan  di atas semua penganiayaan & kezaliman   dia terhadap rakyat miskin P.Pinang terutama Melayu dan Islam .


Apa kata Tun Mahathir , Muhkriz dan Muhyiddin yang kononnya hebat  memuja  prinsip KEBENARAN ??

Skandal RASUAH ini   berlaku sendiri kepada pemimpin DAP yang juga sekutu dalam Deklarasi Mahathir- Kit Siang .

Jadi , KEBENARAN apa lagi yang 3M ini cari dengan bersekongkol dengan pemimpin DAP yang terpalit RASUAH ??


Pastinya berita ini turut menggembirakan musuh DAP iaitu PAS yang kini sudah boleh bertepuk tangan mendapat berita ini . Mungkin ada nanti akan  sudah  komen  ' BARU  PADAN MUKA HANG "

Kita tunggu esok drama di Mahkamah pulak selepas ditahan hari ini beserta dengan waran tangkap .







3 Responses

  1. saya menyokong penuh tindakan MACC utk menangkap si perasuah. ia harus d laksana tanpa megira pangkat serta darjat.

    hampir kesemua politikus terpaksa terlibat dalam kegiatan rasuah olih kerana tuntutan parti n penyokong tidak mampu d tampong dgn elaun n gaji sahaja.

    ada perpatah menyebut bahawa 'politikus adalah serupa dgn penyamun/pencuri. mereka bebas sahinggalah d tangkap tangan/basah'.

    namun d Malaysia bukti yg amat jelas sekali pun masih tidak memadai utk d ambil tindakan jika kuasa pemutus ada d tangan pihak yg bersalah.

  2. Anonymous says:

    si Jibby bila nak tangkap??

  3. Anonymous says:

    Bukti dan fakta tunjukkan dulu baru bole tuduh ....

Leave a Reply

Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.