..

..

TAKUT HILANG UNDI MELAYU , PAN ELAK JAWAB ISU RUU MAHKAMAH SHARIAH

on Tuesday, June 7, 2016 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment




Oleh kerana Parti Amanah Negara (PAN) tidak dapat mengambil sebarang pendirian mengenai pindaan syariah, puak pembangkang cuba mengelak menyentuh isu itu dalam kempen pada pilihan raya kecil Sungai Besar dan Kuala Kangsar.
Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak berkata ini kerana PAN tidak mampu sama ada untuk mengisytiharkan bahawa mereka menentang Rang Undang-Undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) Pindaan 2015 atau menyokongnya.
“Jadi, PAN terkepit dalam situasi yang tidak memberi mereka sebarang ruang. Amanah memerlukan sokongan kaum Cina dan pada masa yang sama berharap untuk meraih sesetengah daripada sokongan pengundi masyarakat Melayu.
“PAN tidak dapat mengambil sebarang pendirian mengenai pindaan syariah kerana mereka berkata beberapa hari lalu, mereka tidak menyokong atau menentang pindaan syariah itu tetapi hanya tidak mahu membuat sebarang pendirian buat masa ini,” kata beliau menerusi catatan dalam blog beliau, malam tadi.
Salleh menjelaskan bahawa PAN juga mengancam untuk menyaman sesiapa sahajas yang mendakwa bahawa mereka menentang pindaan syariah itu.
Pilihan raya kecil Kuala Kangsar dan Sungai Besar pada 18 Jun diadakan selepas kedua-dua penyandangnya terkorban dalam nahas helikopter di Sebuyau, Sarawak pada 5 Mei. – Bernama


One Response

  1. Cik Minah says:

    Takut hilang UNDI MELAYU, BN/PAS guna taktik
    LAPOK menakut-nakutkan rakyat, kunun kalau tiada
    umno, Melayu semua sengkek!!!!!!!
    Ada pun UMNO Melayu tetap sengkek sebab
    pemimpinnya semua sengkek menyonglap duit rakyat
    lepas tu mengenakan cukai GST ke atas rakyat.
    Ini ke PEMBELA BANGSA........??????

Leave a Reply

Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.