“Saya difahamkan Rafizi (Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli) mengatakan elaun bulanan Mara dikurangkan dalam ceramahnya malam tadi di Sungai Besar.

“Ingin saya maklumkan bahawa Mara tidak pernah pun mengurangkan elaun untuk penuntut IKM, malah mana-mana institusi lain,” katanya.

Beliau menafikan tohmahan Rafizi itu dalam sidang akhbar selepas melawat Maktab Rendah Sains Mara Sungai Panjang di sini hari ini.

Menurutnya, Rafizi tidak pernah serik menabur fitnah terhadap kerajaan pusat terutama Mara.

“Dahulu pun dia buat fitnah bahawa kerajaan menghentikan penajaan biasiswa kepada pelajar yang melanjutkan pelajaran ke luar negara,” kata beliau. - UTUSAN ONLINE