..

..

SELEPAS GAMBAR PM DIEDIT JADI BADUT , KINI PRESIDEN PAS PULAK JADI MANGSA

on Friday, June 10, 2016 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment




BANDAR KUALA KANGSAR - Pesuruhjaya Pas Perak, Razman Zakaria menyelar tindakan pihak menampal poster Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang diubah suai menjadi badut.

Tegasnya, provokasi tersebut merupakan tindakan terdesak bagi memburukkan Pas sempena kempen PRK Kuala Kangsar.

Menurutnya, tidak perlu melakukan perkara sedemikian kerana bukannya Abdul Hadi bertanding di Kuala Kangsar.

"Provokasi ini semuanya bermula daripada pemasangan 'billboard' semalam. Macam-macam mereka kata, cakap kita bersama Umno.

"Kalau kita mahu bersama Umno, kita tidak akan bertanding di Sungai Besar dan Kuala Kangsar. Macam mana boleh kata kita sokong Umno?

"Sekarang zaman politik matang. Kerja-kerja burukkan individu itu cerita lama," katanya kepada Sinar Harian.

Ketika ditanya adakah beliau tahu pihak yang melakukan provokasi itu, Razman menegaskan beliau tidak mahu menuduh mana-mana pihak.

Ujarnya, semua pihak seharusnya mengelak melakukan provokasi seperti itu kerana ia akan menimbulkan suasana tidak harmoni.

"Kita menyelar tindakan pihak melakukan provokasi seperti ini. Nampak mereka ini terdesak untuk meraih sokongan.

"Mereka bimbang dengan sokongan diterima Pas jadi mereka cuba lakukan pelbagai cara untuk cetus provokasi seperti ini," ujarnya.


One Response

  1. Anonymous says:

    Patutnya dah lama PAS UMNO bersatu..Dua dua parti melayu..Tapi disebabkan ramai pemimpin PAS gila kuasa..jadi la lagi hari ni..bergaduh lagi melayu biar nanti anak cucu kamu bolih jadi merempat di tanah air sendiri...syabas PAS,PAN

Leave a Reply

Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.