..

..

SELEPAS DIKECAM , NIZAR MOHON MAAF KEPADA KELUARGA MASTURA

on Friday, June 10, 2016 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment




Inilah perangai sebenar pemimpin PAN yang kurang ajar dan biadap seperti mentor mereka DAP .  Mereka sanggup menghina dan mengaibkan  pihak lawan  asalkban matlamat mereka berjaya . 

Jika di PRK Sg Besar , mereka menggunakan taktik kotor melalui billboard memfitnah BN dan PAS , di Kuala Kangsar menghina keluarga calon BN yang masih sedih di atas pemergian Datuk Wan Khairil . 

Pengundi Kuala Kangsar sewajarnya mengajar PAN di PRK kali ini kerana politik kebencian jahat wajar ditolak terutama di bulan Ramadhan .


Timbalan Pengerusi Amanah Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin memohon maaf kepada keluarga Allahyarham Datuk Wan Khair-il Anuar Wan Ahmad kerana kenyataannya yang mengaitkan tragedi helikopter terhempas di Sarawak itu dengan balasan Tuhan.

Bekas menteri besar Perak itu berkata, dia tidak berniat untuk menghina sesiapa, terutama keluarga bekas Ahli Parlimen itu.

Malahan, beliau juga mendakwa kenyataannya telah dilaporkan pihak media adalah di luar konteks, tidak seperti apa yang dimaksudkannya.

"Jika sesiapa tersinggung atau rasa dihina kerana ia tersalah lapor, dengan itu di bulan Ramadan ini, saya memohon maaf kepada isteri, anak-anak dan ahli keluarga Wan Khair-il, selain negeri dan kepimpinan Pusat.

"Permohonan maaf ini dilafazkan kerana dia bersimpati kepada keluarga arwah," katanya.

Kata Nizar, sebagai seorang bapa dan suami, beliau merasai kesedihan yang dilakui Datin Mastura Mohd Yazid dan keluarga.

"Pada awal ucapan, saya telah meminta semua yang hadir untuk membacakan al-Fatihah untuk disedekahkan kepada arwah dan memberi kekuatan kepada keluarganya untuk menerima pemergiannya," katanya.

Nizar juga mendakwa Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kangsar diadakan untuk 'mengajar' Barisan Nasional (BN) kerana menggulingkan kerajaan pembangang Perak pada 2009.

Kerusi Parlimen Kuala Kangsar kosong berikutan kematian suami Mastura yang juga Pengerus Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB).

Beliau antara enam individu yang maut dalam nahas helikopter terhempas pada 5 Mei selepas berlepas dari Betong ke Kuching.

Nizar yang juga Timbalan Pengerusi Amanah Perak dipetik sebagai berkata “Allah mahu orang Kuala Kangsar ‘mengajar’ (memberikan kekalahan kepada) BN menerusi PRK Kuala Kangsar” kerana menggulingkan kerajaan Perak pada 2009.


One Response

  1. Anonymous says:

    Pengundi Kuala Kangsar sewajarnya mengajar PAN di PRK kali ini kerana politik kebencian jahat wajar ditolak terutama di bulan Ramadhan.

    Masalahnya baru 1st time bertanding nak ajar apa kat diorg ni bro?

Leave a Reply

Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.