..

..

ROMBAKAN KABINET & HIKMAH KEPUTUSAN UNTUK PENCEN AHMAD HUSNI

on Tuesday, June 28, 2016 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 5 Comments



Petang tadi   resshuffle kabinet telah diumumkan oleh Perdana Menteri . Ada  berita gembira kepada mereka yang naik pangkat & dilantik ke Menteri penuh , tapi ada juga yang berita yang mengecewakan .

Tindakan Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah mengumumkan peletakan semua jawatan dalam kerajaan dan Umno hari ini menimbulkan pelbagai spekulasi hingga pembangkang sudah mula pukul canang kononnya beliau berbuat demikian sebab prinsip dan tidak menyokong dalam isu 1MDB 

Semua jawatan kecuali Ahli Parlimen Tambun , bekas  Menteri Kewangan Kedua itu telah melepaskan jawatan  Bendahari Umno, Bendahari Agung BN, Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Perak, Timbalan Pengerusi BN Perak, Ketua Umno Bahagian Tambun dan Pengerusi BN Parlimen Tambun.


Ramai bertanya apa punca Ahmad Husni meletakkan jawatan ??   Tetapi kisah Husni berundur telah tersebar meluas dikalangan pengiat sosial media pro UMNO dengan mendakwa beliau kecewa ditukarkan ke kementerian lain 

Malah dalam jawapan  setiausaha akhbarnya , Datuk Wan Nurzila Wan Abdul Rahman menerusi aplikasi WhatsApp hanya  menjawab: “Pencen.”

Sewajarnya Ahmad Husni perlu terima sebarang keputusan  pertukaran ini kerana segala keputusan rombakan kabinet adalah untuk mengkukuhkan penjalanan pentadbiran . Dia tidak boleh kecewa dan selaku orang lama dalam politik sepatutnya faham akan lumrah dalam dunia politik dan perlu setia parti  .

Tindakan meletak semua  jawatan dalam parti seolah-olah MEMPROTES di atas keputusan   reshuffle kabinet dilakukan PM.  Kalau ya pun tak suka keputusan kabinet  , tak perlu rasanya nak letak semua jawatan dalam UMNO.  

Pastinya selepas rombakan ini untuk menuju  PRU14  ,  masa depan Parlimen Tambun akan bakal menerima  calon Wakil rakyat baru ekoran  Husni telah  mengumumkan pencen dari kerajaan dan parti  hari ini .  

Walaubagaimanapun ,  pengunduran orang lama seperti Husni sebenarnya   juga ada  hikmah bagi membolehkan UMNO terus dapat meremajakan parti dengan menampilkan muka baru untuk menjadi wakil rakyat di situ akan datang.

Bukan mudah untuk menyuruh politikus lama sejak 1995 berundur dari jawatannya tetapi keputusan hari ini telah membuka jalan untuk Presiden parti . 








5 Responses

  1. Anonymous says:

    inilah susahnya bila takda kepatuhan dan ketaatan.. rasa kemnterian tu mcm bapak dia yg punya.. tgk mcm nazri aziz campak mana pun dia pegi apa ada hal...

  2. Anonymous says:

    Pagoh dah goyang, Samporna mula ribut.....masih ada maruah UMNO?

    Rosak dari kepala sampai ke buntut jahanam UMNO hanya kerana seorang penyangak!

    Bekas Ahli UMNO.

  3. Anonymous says:

    Apa apa pun diakhir sesuatu..wajib bersyukur.. itu lah org yg beriman.. kalau disebaliknya pula.. termasuk gulongan yg tak perlu kita hiraukan ..sbb kufur nikmat ..ini jelas dan tepat untuk kite semua hayati dan amalkan..

  4. Anonymous says:

    Kita tunggu dan lihat kemana hala tuju Husni selepas ini. Dah dapat diagak tindakannya keran semenjak kebelakang ini hanya timblan menteri yg bersuara bersuara berkenaan isu rompakan disiang hari 1mdb.

  5. Anonymous says:

    Dia tahu byk hal tentng 1mdb, bhya kalau d kekalkn kot!

Leave a Reply

Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.