..

..

RAFIZI MEROYAN KALAH , HINA PENGUNDI PRK SUNGAI BESAR & KUALA KANGSAR ADA PENYAKIT !!

on Monday, June 20, 2016 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 5 Comments



Semakin teruk pemikiran dan keangkuhan Rafizi Ramli selepas kekalahan PAN di PRK Kuala Kangsar dan Sungai Besar.

Siapa sebenarnya yang menderitai penyakit ?? Adakah dengan undi Pakatan Harapan diketuai DAP akan membuat pengundi sudah sihat ?

Cukup-cukuplah  memperbodohkan rakyat seperti anda memperbodohkan macai2 dalam pembangkang dengan membawa penyakit POLITIK KEBENCIAN !

Rakyat sebenarnya sudah MUAK dengan politik kebencian dan perkauman ajaran pembangkang terutama DAP  sejak PRU13.  24 jam berpolitik dan menghasut dan memecahbelahkan rakyat.

Kini rakyat sudah membuat pilihan terbaik untuk siapa dipilih menjadi wakil rakyat dan ternyata BN lebih layak berkhidmat bukannya hanya melihat calon pembangkang hanya datang bila musim pilihanraya sahaja .




 PKR menyifatkan kemenangan BN di dua Pilihan Raya Kecil (PRK) semalam akibat dua penyakit yang dideritai pengundi sejak sekian lama.

Naib Presidennya, Rafizi Ramli berkata, perjuangan masih jauh sekiranya rakyat terus dijangkiti dua penyakit ini iaitu sentimen perkauman atau keagamaan dan kebendaan.

“Penyakit sentimen perkauman atau keagamaan di mana ramai pengundi pasrah dengan rasuah, penyelewengan dan pelbagai lagi sedang mereka mengeluh setiap hari kerana bagi mereka memerangi Cina DAP dan sekutu mereka iaitu PKR dan Amanah itu lebih penting dari membantu diri mereka sendiri.

“Akhirnya serangan perkauman yang bertubi-tubi oleh kedua-dua Umno dan Pas telah meningkatkan sokongan kepada Umno dan mengekalkan baki sokongan pengundi Melayu kepada Pas,” katanya.

Katanya lagi, penyakit kedua iaitu kebendaan apabila dijanjikan pelbagai projek dan wang yang diagih semasa kempen.

“Baik pengundi Melayu, Cina, India, Iban, Kadazan dan semua yang lain faktor projek yang dijanjikan dan wang kebendaan yang diagihkan semasa kempen tetap berkesan mengekalkan sejumlah undi kepada mereka.

“PRK Kuala Kangsar dan Sungai Besar membuktikan bahawa penyakit kebendaan ini tidak mengenal kaum, agama, tempat atau masa,” katanya.

Tambahnya, beliau akan mengkaji dan memperhalusi dapatan-dapatan ini di peringkat PKR dan Pakatan Harapan.

Semalam, BN mengekalkan kemenangan di dua PRK dengan majoriti lebih besar apabila meraih  majoriti 6,969 undi di Kuala Kangsar berbanding 1,082 undi dalam pilihan raya umum 2013 dan majoriti 9,191 undi di Sungai Besar, berbanding majoriti 399 undi pada 2013.


5 Responses

  1. Anonymous says:

    Tuhan tidak redha atas perjuangan yang tidak ikhlas. Jangan suka membangkitkan sifat saling membenci antara satu sama lain. Janganlah kita berasa kita sahaja yang bijak dan sempurna.

  2. Anonymous says:

    ahli politik bila bercakap hr ni lain esok lain.. dah kalah pun tak sedar diri lg cuba kalau dia menang tak dpt ku bayangkan lagaknya..

  3. Anonymous says:

    Boleh blah la fizi

  4. Anonymous says:

    Politik dan korporat adalah dua dunia yang berlainan. Kejayaan dalam dunia koprporat tidak menjanjikan kejayaan dalam politik dan begitu juga sebaliknya.

  5. Anonymous says:

    Voters not convince, oppo can do better. Thats all.

Leave a Reply

Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.