..

..

RAFIZI ANGGAP RAKYAT MALAYSIA BODOH PUNCA PAKATAN HARAPAN KALAH PRK

on Monday, June 20, 2016 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 2 Comments





Tujuh hari sebelum berlangsungnya PRK di Sg. Besar dan Kuala Kangsar, saya telah menulis 7 Sebab BN Akan Menang Besar disini. Nampaknya semua ramalan saya itu benar belaka. Pada kali ini, saya akan memberikan 7 lagi sebab kenapa Pakatan Harapan tewas terok.

1. Peranan Rafizi Ramli 
Kesilapan besar Rafizi Ramli ialah dia mengandaikan semua rakyat Malaysia bodoh belaka dan boleh menerima fitnah-fitnah yang dilemparkannya. Contohnya, Rafizi membangkitkan isu DS Rosmah katanya menyewa jet bernilai jutaan ringgit. Anda boleh membaca tuduhan dalam blog Rafizi ternyata tuduhan-tuduhan itu adalah fitnah politik. 

Fakta-fakta yang dipungut oleh Rafizi adalah daripada sumber-sumber sekunder dan sumber ketiga, hear say dan info daripada laman penerbangan umum yang tidak boleh diterimapakai di dalam perundangan. Maklumat di dalam laman media sosial yang bersifat umum tidak boleh diterima kerana pergerakan rasmi adalah bergantung juga kepada faktor keselamatan dan faktor-faktor lain.

Gambar dan video dari sumber wassapyoutube, dansekunder tidak boleh diterimapakai sebagai betul contohnysa tuduhan caption semua beg itu kononnya beg DS Rosmah kerana rakyat pun berfikir sudah tentu beg kakitangan lain jua. Rakyat yang berfikir pun tahu, tak kanlah beg pakaian Rosmah 10 beg! Maka janganlah memberi gambaran sedemikian rupa.

Sedangkan jika kita pergi melancong ke luar negara, kita sendiri membawa berbelas beg milik isteri dan anak-anak serta ahli keluarga yang lain.

Kita faham, harapan Rafizi ialah semoga tuduhan-tuduhannya itu akan mempengaruhi pengundi-pengundi di Sg. Besar dan Kuala Kangsar supaya tidak mengundi calon Barisan Nasional. Malangnya, harapan Rafizi itu dijawab dengan pukulan TKO apabila pengundi-pengundi memberikan majoriti luar biasa di Sg. Besar (majoriti 6,969) dan Kuala Kangsar (majoriti 9,191)

Angka majoriti yang luar biasa ini menutup terus mulut Rafizi daripada terus menyerang Perdana Menteri dan isteri. Angka itu adalah suara rakyat dan benchmark. Jika PKR dan Rafizi peka, dia patut meletak jawatan ataupun PKR memecatnya dan menukar dengan orang lain yang lebih sederhana seperti Tan Sri Annuar Musa!

Saya berpendapat, jika Rafizi banyak berdiam diri, Pakatan Harapan akan memperolehi undi dan sokongan yang lebih besar berbanding sekarang. Parti PKR perlu memikirkan kaedah lain iaitu mendiamkan pemimpin-pemimpin mereka yang celupar dan suka menunjuk-nunjuk kononnya dialah yang terbaik. 

UMNO dan BN telah melakukan kaedah ini dan nampaknya ianya membuahkan hasil di luar dugaan.

2. Kesilapan Tun Dr. Mahathir 
Kesilapan Tun M bekerjasama dengan DAP. Orang-orang Melayu di dalam UMNO dan PAS, termasuk yang tidak berparti tidak boleh menerima sebarang kerjasama dengan DAP kerana mereka mengetahui matlamat Malaysian Malaysia yang akan merugikan hak istimewa orang-orang Melayu dan Islam. Rakyat amat menghormati Tun M sebagai Negarawan, namun rakyat tidak dapat menerima kerjasama politik Tun M dengan DAP. Itulah keadaannya.

3. Rakyat Semakin Bijak
Rakyat tidak lagi boleh menerima cara pembangkang menghasut rakyat dengan kempen memburuk-burukkan peribadi Perdana Menteri dan isterinya. Sebaliknya, rakyat telah melihat kesungguhan dan keikhlasan Perdana Menteri bekerja menjayakan satu demi satu usaha ekonomi untuk kebaikan rakyat pada masa hadapan. Berbeza dengan pembangkang yang lebih banyak bercakap daripada membuat kerja. 

4. Mindset Orang Ramai Parti PAN Proksi DAP
Parti PAN bukanlah jawapan kepada parti PAS. Kepimpinan TG Hj Hadi Awang dengan Mohamad Sabu dilihat bagaikan langit dengan bumi. Selagi PKR dan DAP bergantung harap kepada PAN selagi itu mereka akan terus merosot. Orang Melayu melihat PAN adalah proksi DAP. Mengundi PAN samalah mengundi DAP. Maka orang Melayu dan Islam, majoriti akan menolak PAN. Ianya dibuktikan dalam PRK Sg. Besar, Kuala Kangsar dan Pilihanraya Negeri Sarawak. Walaupun bendera PAN lebih banyak di Sg. Besar dan Kuala Kangsar tetapi undi mereka masih gagal mengatasi undi PAS walaupun PAS berseorangan.

5. Rakyat Semakin Yakin Dengan Kerajaan Persekutuan dan Perdana Menteri
Kejayaan jabatan-jabatan Kerajaan Persekutuan merealisasikan program-program Kerajaan untuk rakyat seperti UTC, Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), Kedai Rakyat 1malaysia (KR1M), projek MRT Kuala Lumpur-Ipoh, Projek Lebuhraya Tanpa TOL PAN Borneo dan sebaginya dilihat oleh rakyat sebagai kerja yang bersungguh-sungguh berbanding kritikan Rafizi yang tidak henti-henti. Rakyat pun bertanya apa Rafizi buat di Parlimen Pandan ?

Kemampuan Kerajaan Persekutuan memberikan Bantuan RM500.00 untuk sambutan Hari Raya baru-baru ini memberi petunjuk pengurusan ekonomi negara oleh Perdana Menteri dan Kerajaan bergerak tepat. Menjelang Bajet 2017 pada buolan Oktober nanti, kerajaan pasti tidak mensia-siakan jua pemberian Bonus kepada kakitangan awam. Rakyat bertambah yakin.

Kemampuan Perdana Menteri semakin meyakinkan apabila Perdana Menteri meluluskan Kenaikan Gaji baharu kakitangan awam pada bulan Julai ini. Itu tidak termasuk kenaikan tahunan yang diterima pada bulan April baru-baru ini. 

6. Hubungan Baik UMNO dan PAS
Hubungan akrab PAS-UMNO sangat menggembirakan orang-orang Melayu dan umat Islam di negara ini. Pengundi di atas pagar telah memberikan kemenangan kepada UMNO kerana kedua-dua kerusi tersebut adalah kerusi yang dimenangi oleh UMNO. Jika di DUN Chempaka Kelantan, pengundi-pengundi UMNO memberi undi kepada calon PAS, kali ini mereka memberi undi kepada UMNO pula. Ada timbalbalas kerjasama yang cantik di situ. Nampak macam ada secret policy atau gentlemen agreement tetapi boleh dibaca oleh pengundi.

7. Tsunami Cina Sudah Berakhir
Zaman 'tsunami Cina' sudah berakhir. Zaman rakyat mempercayai segala tuduhan pembangkang sudah berakhir, sebaliknya rakyat telah menilai sendiri dan membuat keputusan yang bijak berdasarkan apa yang mereka lihat, apa yang mereka nikmati. Bukannya apa yang pembangkang fitnah. Zaman telah berubah, rakyat kembali memberi sokongan kepada Kerajaan dan Perdana Menteri.

Kesimpulan, jika Rafizi meletak jawatan atau berdiam diri, saya yakin Pakatan Harapan akan kembali dihormati oleh rakyat biasa. Sebaliknya, jika Rafizi terus dengan metodologi menanam kebencian dan menanam fitnah, rakyat akan menjauhi Pakatan Harapan. Tetapi ia baik kepada UMNO dan BN. Maka kekalkanlah Rafizi.




2 Responses

  1. Anonymous says:

    Biarlah YB Rafizi menjalankan tugasnya sebagai wakil rakyat yg berintegriti.Kalau apa yg dilapurkan itu benar, biarkan dia buat teguran diparlimen.Kalau tak berkesan , biarkan beliau beritahu rakyat ttg salahlaku pemerintah.Janji ianya benar dan kerana Allah.Jangan jadi munafik dan hipokrit , menyanjung orang yg ada kuasa lebih dari Allah.Kemudian menghina orang yang sama macam sampah bila beliau tidak berkuasa.Itu nilai satu bangsa yang amat memalukan dan memilukan,bangsaku Melayu!

  2. Anonymous says:

    pro najib...
    najib penipu...
    jgn tersilap...

Leave a Reply

Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.