..

..

NAJIB BIDAS TUDUHAN BANTUAN KERAJAAN UNTUK RAKYAT DISAMAKAN DEDAK HAIWAN

on Thursday, June 23, 2016 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments



Elok lah juga Perdana Menteri membidas tuduhan Tun Mahathir  dalam blog terbarunya  yang boleh digambarkan   orang tua meroyan sebab  kalah di PRK baru -baru ini .

Isu gelaran DEDAK kepada setiap batuan kerajaan kepada rakyat  yang dihafal  setiap hari macai tegar Mahathir dalam kepala otak mereka kini dibidas Perdana Menteri dalam status terbaru di facebooknya .

Memang biaDAP la ilmu songsang  diajar pemimpin agong mereka tetap apa itu DEDAK dan  terus dimainkan pulak  di bulan Ramadhan yang mulia .

Ternyata Tun Mahathir dan pengikut tegarnya masih lagi tidak mendapat menerima bahawa Deklarasi Rakyat dibuat mereka gagal mendapat sokongan majoriti rakyat dan itu membuat mereka marah dan gelar apa benda baik dilakukan kerajaan untuk rakyat umpama dedak haiwan .





Hari baik, bulan baik ini, ada pula sesetengah pihak yang semakin lama semakin keterlaluan dalam tutur kata mereka. Bantuan kerajaan selama ini untuk membantu rakyat dilabel seperti memberi dedak kepada haiwan.

Kerajaan Barisan Nasional bina sekolah, bina rumah, bina jalan, semua ini untuk rakyat, bukannya bagi makan dedak. Dedak itu makanan haiwan, tidak patut disamakan dengan bantuan yang diberikan kerana kita prihatin dengan keperluan rakyat. 

Janganlah ada yang kehilangan modal politik kini bermain pula dengan retorik dan kata-kata kesat dan merendahkan bantuan kepada mereka yang memerlukan.

FB : NAJIBRAZAK 



Leave a Reply

Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.