..

..

MUHYIDDIN - MUHKRIZ NAK TUBUH PARTI BARU BELUM MAMPU SAINGI UMNO - PAK LAH

on Wednesday, June 29, 2016 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 6 Comments



Mengapa Muhyiddin dan Muhkriz masih lagi berfikir untuk tubuh parti baru untuk melawan UMNO ?

Mengapa tak berani tubuh terus jika sebelum mereka sering berkata mempunyai sokongan yang ramai terutama di media sosial .

Jawapan untuk persoalan itu telah dijawab oleh Mantan Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi .


 "Belum boleh lagi, kekuatan masih ada pada Umno," demikian kata bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi ‎ketika menggulas sama ada Umno akan tergugat sekiranya parti baharu ditubuhkan.

Ini rentetan daripada beberapa cadangan yang mencadangkan agar  bekas Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan bekas Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir menubuhkan parti baharu selepas dipecat daripada Umno.

Katanya, Umno mempunyai kekuatan tersendiri yang tidak mampu disaingi oleh mana-mana parti.

"Umno masih menerima sokongan ramai," katanya ringkas ketika sidang media media dalam Majlis Berbuka Puasa Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) bersama beliau di Restoran D Saji Titiwangsa Kuala Lumpur hari ini.

Dalam pada itu, ketika ditanya adalah isu pemecatan Muhyiddin dan Mukhriz memberi kesan kepada Umno, Abdullah berkata, impak terhadap Umno hanyalah sedikit.


Pandangan Pak Lah jelas ada benarnya kerana sudah setahun gerakan ANC diketuai Tun Mahathir dengan dibantu media asing & pembangkang  untuk  membadai Presiden dan UMNO.

Tetapi hasilnya BN masih lagi mampu bertahan dengan cemerlang selepas menang besar di PRK baru-baru ini.

Ahli dan pimpinan UMNO ternyata sudah matang berdepan dengan pelbagai ujian , akhirnya mereka mampu menilai  yang mana benar dan tidak terpengaruh agenda pihak tertentu . 

Dengan gerak kerja pimpinan UMNO di bahagian2 terus membantu rakyat ,  UMNO masih lagi menerima sokongan ramai pengundi Melayu . 

Malah menurut pandangan  Pengarah Merdeka Centre , Ibrahim Suffian bahawa pembentukan  parti baru tidak akan bertahan lama tanpa persefahaman dengan parti2 lain yang mana pasti akan berlaku pertembungan beberapa penjuru memecahkan undi. 

Pengalaman di PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar juga telah membuktikan dan kekuatan BN sukar digugat dengan dibantu  jentera parti di peringkat akar umbinya .

Hanya persepakatan dan kerjasama dalam pakatan pembangkang meletak satu calon sahaja melawan BN . 

Kalau Muhyiddin dan Muhkriz  beranggapan  ramai penyokongnya dalam UMNO akan melompat ke parti mereka mengikut mereka , sebenarnya dia sudah silap besar ..






6 Responses

  1. Anonymous says:

    Yeke? Ke kauorg yg syok sendiri?

  2. Anonymous says:

    Lama juga Pak Lah tidur. Baru bangun kot?

  3. Anonymous says:

    haha.. pak lah kenal sgt ngan perangai haram midin tu.. masa zaman pak lah PM takda pun isu 1mdb bagai tp si midin tu sungkit jugak paklah smpi berenti org tu.. dah mmg dasar si midin tu gila kuasa akhirnya satu habuk pun tarak yg tinggal hanyalah skandal dgn sekor cina tua.. aku penah jumpa midin ni dulu kat ekspo masa tu dia menteri je tp berlagak eh mat sepaleh.. nak senyum pun susah.. la ni nak minta sokongan rakyat cermin lah muka tu dulu midin oii..

  4. Anonymous says:

    Bekas Perdan Menteri Lembek kaki Tidor masih tidor rupa nya ya!!!

    Bekas Perdana Menteri Tidor!!! Masa berpuasa ni tak bagos banyakkan tidor!!!

  5. Anak Bukit Jelutong says:

    Kepimpinan UMNO dah buang dan tolak mereka.

    Berilah mereka peluang meneruskan perjuang dengan cara mereka.

    Ahli UMNO cukup matang untuk didekati apatah lagi dipengaruhi, oleh sesiapapun, lebih-lebih oleh sebuah parti baru.

    Tak perlulah sekat mereka.

    MELAYU MESTI HIDUP.

  6. Anonymous says:

    Rakyat x menyokong parti yg berlandaskan kronisma.

Leave a Reply

Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.