..

..

MENGAPA ISU 1MDB , JET ROSMAH & TUN MAHATHIR TAK MENARIK SOKONGAN UNDI PEMBANGKANG ?

on Sunday, June 19, 2016 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 2 Comments





Ramai pemerhati , penyokong pembangkang , ahli akademik terkejut kemenangan besar BN di PRK Kuala Kangsar dan Sg Besar.

Melihat kepada komen penyokong pembangkang  , mereka jelas semakin MUAK dengan pergaduhan dalam pembangkang dalam PRK kali ini  .




Tetapi sebenarnya mereka juga lupa bahawa bukan isu sahaja penyatuan pembangkang punca kekalahan  , menurut analisis oleh   Pusat Penyelidikan PAS (PPP) menyimpulkan  isu-isu yang dibangkitkan berkaitan dengan 1MDB, Jet Peribadi Rosmah dan lain-lain, tidak berkesan untuk menarik sokongan mengundi parti-parti pembangkang.


Malah isu  pengundi rata-rata mengeluh dengan GST dan kenaikan kos hidup juga tidak berjaya dimanfaatkan oleh parti pembangkang untuk terjemahkannya ke kertas undi.

Sebaliknya jentera BN dibantu negeri2 lain  dilihat all out pergi rumah ke rumah berkempen dan menerangkan kepada pengundi tentang   isu semasa dan apa yang dilakukan kerajaan membantu rakyat. Ternyata ia lebih menyentuh hati pengundi dengan kaedah ini .

Tetapi pembangkang lebih kepada menggunakan platform ceramah konvesional walaupun di bulan Ramadhan .





Selain itu ,  sejak dari  PRK Teluk Intan, diikuti dengan PRN Sarawak dan kini 2 PRK di Kuala Kangsar dan Sungai Besar, sudah ada  pengundi Cina dilihat kembali menyokong BN dan menurut kajian oleh AKHI , sebanyak 40 % mengundi BN di 2 PRK ini  .

Ia jelas  memberi ancaman sedikit  kepada DAP untuk berhadapan dengan PRU ke 14 dan memberi ruang untuk BN merampas kembali kerusi dimenangi PKR dan PAS  jika terus berlaku 3 penjuru pertandingan .

Tak mustahil Permatang Pauh pun boleh dirampas semula UMNO !!


2 Responses

  1. Anonymous says:

    lps ni barulah pembangkang rasa nak blk kaw masing2.. takut inilah penggal terakhir mrk.. pembangkang ni baru menang berapa negeri berlagaknya mengalahkan BN..

  2. Anonymous says:

    Sebenarnya bukannya isu 1MDB dan jet peribadi Rosmah tàk berkesan dihati pengundi tetapi mereka tiada pilihan selain mengundi BN yg sedikit lebih baik daripada pembangkang. Meeka masih sayangkan Umno tetapi amat benci terhad Najib dan Rosmah . Pengalaman pemerintahan seketika PR memerintah Perak membuat meteka tiada pilihan melainkan terpaksa memilih BN.

Leave a Reply

Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.