..

..

KERAJAAN DAP BAYAR 5 KALI GANDA TINGGI KOS KAJIAN PROJEK TEROWONG DASAR LAUT

on Friday, June 3, 2016 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments




Laporan Ke SPRM Pulau Pinang mengenai terowong bawah laut Pulau Pinang

Parti Cinta Malaysia (PCM) hari ini membuat laporan polis terhadap beberapa persoalan dalam projek terowong bawah laut dan tiga lebuhraya Pulau Pinang bernilai RM6.34 bilion.
Naib Pengerusi PCM, Datuk Huan Cheng Guan memfailkan laporannya di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pulau Pinang pada pagi Jumaat.
Beliau membuat laporan terhadap kadar perunding kejuruteraan yang dikenakan berjumlah RM208 juta bagi laluan lebuhraya di Pulau Pinang.

PCM lodges MACC report over alleged irregularities in Penang RM6.34 billion project
Parti Cinta Malaysia today lodged a report at the Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC) over alleged irregularities in the RM6.34 billion proposed undersea tunnel and three highway projects. PCM vice-president


Cheng Guan berkata beliau terkejut apabila mendapat makluman mengenai kos feasibiliti dan rekabentu terperinci dan kos perunding kejuruteraan adalah lebih tinggi daripada skala yang sudah digazetkan oleh Kementerian Kerjaraya dan Lembaga Kejuruteraan Malaysia.
"Kos untuk kajian feasibiliti dan rekabentuk terperinci bagi tiga rangkaian lebuhraya dicaj ialah RM208.8 juta iaitu antara lapan hingga 11 peratus daripada kos pembinaan lebuhraya berkenaan antara RM1.85 bilion dan RM2 bilion.
"Ini bercanggah dengan skala kadar yang sudah digazetkan di mana caj perunding kejuruteraan untuk projek bernilai lebih RM1 bilion adalah lebih rendah, iaitu antara 2.28 peratus dan 2.54 peratus daripada kos pembinaan," katanya.

Beliau mendakwa kerajaan negeri Pulau Pinang telah membayar lima kali ganda lebih tinggi bagi kajian feasibiliti dan rekabentuk terperinci bagi tiga rangkaian lebuhraya itu dan tidak mematuhi skala yang sudah digazetkan Kementerian Kerjaraya dan Lembaga Kejuruteraan Malaysia di bawah Akta Pendaftaran Jurutera 1967.

Beliau turut mengemukakan penemuan siasatannya, salinan Akta Pendaftaran Jurutera 1967 serta salinan kenyataan Pengerusi Jawatankuasa Kerjaraya, Kemudahan Awam dan Pengangkutan Pulau Pinang, Lim Hock Seng kepada SPRM.

Huan said the state government had allegedly paid up to five times higher for the feasibility and detailed design studies for the three roads and did not follow the scale gazetted by the Works Ministry and the Board of Engineers Malaysia under the Registration of Engineers Act 1967.


** SPRM wajar menyiasat skandal projek terowong dasar laut ini kerana pembayaran kos kajian dibayar kerajaan DAP telah menyalahi skala digazetkan kerajaan menerusi Kementerian Kerjaraya dan Lembaga Kejuruteraan Malaysia . Malah jika Jabatan Audit Negara mengaudit projek tentunya akan memberi teguran mengapa dibayar harga terlampau tinggi kepada syarikat ini.




Leave a Reply

Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.