..

..

KEMENANGAN BN BUKTI PENGKHIANATAN MAHATHIR SUDAH TAK RELEVAN KEPADA ORANG MELAYU

on Sunday, June 19, 2016 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 2 Comments



Kejutan besar dilakar oleh BN semalam di 2 PRK dengan mengekalkan kerusi Parlimen Sungai Besar dengan majoriti 9,191 undi dan Kuala Kangsar (6,969 undi) itu nyata cukup signifikan ketika kepe­mimpinan kerajaan dan parti diuji  dengan pelbagai isu semasa seperti serangan Tun Mahathir menerusi  Deklarasi Rakyat , 1MDB dan dana politik RM 2.6Bilion

Calon BN di Parlimen Sungai Besar memperoleh 16,800 undi manakala Datin Mastura Mohd. Yazid (Kuala Kangsar) mendapat 12,653 undi. Walaupun bukan persaingan satu lawan satu, undi yang diperoleh kedua-dua calon BN itu tetap mengatasi gabungan jumlah undi yang diperoleh lawan mereka sekali gus menyaksikan kemenangan mutlak buat Budiman dan Mastura.

Di Sungai Besar, undi yang diperoleh Budiman jauh meninggalkan pencabarnya, Azhar Ab. Shukur daripada PAN yang mendapat 7,609 undi manakala calon Pas, Dr. Abdul Rani Osman hanya memperoleh 6,902 undi.

Manakala  Kuala Kangsar  calon Pas, Dr. Najihatussalehah Ahmad memperoleh 5,684 undi diikuti calon PAN, Dr. Ahmad Termizi Ramli dengan 4,883 undi manakala calon Bebas, Izzat Bukhary Ismail Bukhary hanya mendapat 54 undi.

Kemenangan di kedua-dua kerusi semalam meletakkan   BN mempertahankan semua kerusinya dalam PRK yang diadakan selepas Pilihan Raya Umum 2013 lalu di samping merampas kerusi Parlimen Teluk Intan daripada DAP !!

Kemenangan BN juga membuktikan pengaruh Tun Mahathir sudah tak relevan kepada pengundi Melayu .  Jika sebelum ini beliau menyatakan kemenangan besar PRN Sarawak adalah sebab kekuatan Ketua Menteri TS Adenan Satem bukannya PM DS Mohd Najib Tun Razak dan bukannya UMNO bertanding ,






Tetapi ramalan  Mahathir terus silap  dan di bawah pimpinan Najib , UMNO  terus melakar sejarah kemenangan di 2 PRK  ini dengan majoriti lebih besar biarkan usahanya mahu jadikan PRK ini sebagai referendum terhadap kepimpinan Najib .


Mahathir kini boleh juga  dikatakan telah membawa BADI kekalahan kepada PAN selaku wakil dari Pakatan Harapan .

Rakyat kini mahu memilih parti yang boleh membela nasib mereka dan sudah muak dengan politik kebencian dibawa pembangkang untuk menang !!




YAB PM NAJIB RAZAK:-



9 JUN 2016

1. Saya bersyukur kerana rakyat sekali lagi meletakkan kepercayaan mereka terhadap Barisan Nasional. Kita amat bersyukur mendapat kemenangan besar ini kerana  Kerajaan ini yang berada di pertengahan mandat urus tadbirnya dijadikan sasaran fitnah bermotifkan politik yang dahsyat. Majoriti rasmi kita di Kuala Kangsar adalah 6,969 , berbanding 1,082 pada pilihan raya umum 2013; dan 9,191 di Sungai Besar, berbanding 399 pada tahun 2013.

2. Tun Mahathir Mohamad menjadikan pilihan raya ini sebagai satu referendum ke atas kepimpinan saya. Beliau berkempen untuk pihak pembangkang yang merupakan bekas musuh politik beliau, dengan tidak bermaruah mencalit onar di partinya sendiri menggunakan bahasa kasar dan mendakwa dia bercakap bagi pihak rakyat. Tetapi pengkhianatan ini adalah didorong oleh kepentingan peribadi, bukan kepentingan negara.

3. Kini, dengan dua kemenangan majoriti besar ini, dan kemenangan besar BN di pilinanraya Sarawak di mana kita menang 72 daripada 82 kerusi, mencerminkan keyakinan dan kepercayaan rakyat kepada kerajaan BN. Mereka menolak pembohongan Tun Mahathir, mereka menolak pakatan Tun Mahathir yang terdiri daripada seteru lama, dan mereka menolak pembangkang yang tidak keruan - sebahagiannya kerana kerjasama mereka dengan Tun Mahathir.

4. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua jentera BN, yang diketuai dengan cemerlang oleh Timbalan Perdana Menteri Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. BN berjaya kerana kita bekerja sebagai satu pasukan. Selagi kita terus bekerja keras untuk rakyat dan bersatu padu, kita akan terus berjaya.

5. Selagi mana saya masih Perdana Menteri, kepentingan rakyat akan sentiasa didahulukan. Kita pasti akan menepati janji-janji kita kepada mereka. Keutamaan saya akan sentiasa menjadi kebajikan ekonomi, kesejahteraan sosial dan keselamatan semua rakyat Malaysia.


2 Responses

  1. Anonymous says:

    Tun M, A sore loser..... Negarawan Belacan....

  2. Anonymous says:

    makin naik tocang lah si cash is king and the dedakian...

Leave a Reply

Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.