..

..

HOT !! VIDEO RAFIZI KECUT UNTUK CAKAP ISU JET DEPAN PEGAWAI KHAS ROSMAH

on Wednesday, June 15, 2016 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 2 Comments




Pegawai khas isteri perdana menteri, Datuk Rizal Mansor tiba di Kuala Kangsar sebentar tadi dari Kuala Lumpur bagi menghadiri sidang akhbar oleh Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli untuk membuat pendedahan berterusan penggunaan jet peribadi kerajaan oleh Datin Seri Rosmah Mansor.

Rizal memberitahu Malaysiakini bahawa kehadirannya sekadar mengambil nota supaya boleh menyediakan jawapan berhubungtuduhan Rafizi itu.

"Saya nak dengar sendiri apa dia kata kerana sebelum ini semuanya berdasarkan laporan media,” katanya.

Ketika berita ini ditulis, Rafizi masih belum tiba di ibu pejabat Parti Amanah Negara (AMANAH) di Kuala Kangsar, tempat sidang media itu dijadualkan berlangsung.

Sambil menunggu, Rizal berkata beliau berharap Rafizi akan menjemputnya menyertai sidang media itu kemudian.

Semalam, Rafizi mengumumkan satu ceramah khas akan diadakan bagi mendedahkan lebih banyak maklumat mengenai penggunaan jet mewah oleh Rosmah dalam perjalanan ke ke Istanbul, Turki.

Berikut adalah jawapan Rizal berhubung persoalan yang dibangkitkan oleh Rafizi sebelum ini.

Perjalanan Isteri Perdana Menteri ke Istanbul tidak dilaporkan dan tidak diketahui, ingin saya jelaskan belum pernah berlaku dalam mana-mana berita melaporkan aturan perjalanan seseorang kenamaan kecuali berita mengenai aturcara lawatan, Rizal menjawabnya dan dibawah disertakan jawapan untuk persoalan Rafizi;


SOALAN
1. Kenapa Datin Seri Rosmah Mansor tidak menggunakan penerbangan komersil untuk perjalanan ke Istanbul yang sudah tentu jauh lebih murah berbanding menyewa sebuah jet peribadi ACJ319 hanya untuk beliau?

JAWAPAN
Kerajaan tidak menyewa pesawat tersebut khusus untuk Datin Paduka Seri Rosmah Mansor. Pesawat ACJ319 No. Pendaftaran A6-CJE adalah pesawat gantian yang disewa oleh Kerajaan Malaysia bagi kegunaan kenamaan-kenamaan Negara termasuk Yang Di Pertuan Agong, Permaisuri Agong dan lain-lain kenamaan. Isteri Perdana Menteri menempuh perjalanan hampir 13 jam ke Istanbul hanya untuk menerima anugerah dan menyampaikan ucapan. Beliau bergegas pulang selepas majlis tersebut kerana perlu menghadiri Mesyuarat Agong Persatuan Pandu Puteri Malaysia yang akan dirasmikan oleh Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong. Mana mungkin Datin Paduka Seri Rosmah dapat menghadiri semua acara-acara penting sekiranya mengikuti jadual penerbangan pesawat komersil.


SOALAN
2. Siapa yang membuat tempahan jet peribadi tersebut dan siapa yang membayar kos sewaan tersebut?

JAWAPAN
Pesawat tersebut disewa oleh Kerajaan untuk sementara (2 bulan) sebagai gantian kepada pesawat ACJ320 yang kini dalam tempoh penyelengaraan.


SOALAN
3. Kenapa Datin Seri Rosmah Mansor sebagai seorang awam diberikan pelepasan menggunakan lapangan terbang di Pengkalan Udara Subang yang sepatutnya khusus untuk kegunaan ketenteraan dan bukan penerbangan awam seperti ini?

JAWAPAN
Pesawat tersebut adalah pesawat gantian Kerajaan maka atas sebab itu penerbangan ini menggunakan Pengkalan Udara Subang. Datin Paduka Seri Rosmah Mansor adalah Isteri Perdana Menteri Malaysia dan kedudukan beliau dari segi protokol adalah layak. Kita tidak memerlukan lepasan MCKK untuk bertanya soalan sedemikian.





Komen GPB

Inilah cara untuk mengajar kaki FITNAH seperti Rafizi .. kena serbu terus dan berdepan dengan dia 1 by 1 .  Taktik Lapiji memlemparkan fitnah di sidang media Pilihanraya ini  memang patut diajar tindakan seperti ini.

Syabas Pegawai Khas Datuk Rizal Mansor  !! Good Job  !


2 Responses

  1. Anonymous says:

    Jawapan yg sgt bodoh..penting sgt ke Rosmah tu pada Malaysia..

  2. Anonymous says:

    Dua orang wartawan Four Corner ABC News bukan setakat dihalang dan dihalau daripada menemuramah Najib, malahan mereka turut ditangkap dan diheret ke balai polis, apa cerita ni Blogger Generasi Pejuang Bangsa, dah jadi Generasi Pemakan Dedak pula ke?

    Sila jawab.

    Sedarlah semua.

    Salam perjuangan A Ba Ta,

    Ikhlas daripada,

    Abu Bakar

Leave a Reply

Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.