..

..

HADI DEDAH TOLAK AGENDA MAHATHIR JATUHKAN NAJIB BUKAN SEBAB MAKAN DEDAK

on Monday, June 13, 2016 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 4 Comments




Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengakui bahawa bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menemui beliau tiga bulan yang lepas untuk membincang rencana menjatuhkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
 
Abdul Hadi berkata beliau bagaimanapun menolak pelawaan itu kerana menganggap ia tidak memberi sebarang faedah kepadanya mahupun parti itu.
 
"PAS tidak menentang individu. Tidak menentang orang tapi menentang pendekatan menggunakan konsep dan dasar. Sekiranya (kalau) orang diubah tetapi dasar dan pendekatannya sama, tiada perubahan juga," katanya kepada pemberita ketika melakukan sesi 'walkabout' di sekitar bazar Ramadan pekan Sekinchan,Ahad.
 
Mengenai dakwaan Tun Mahathir bahawa beliau (Abdul Hadi) makan 'dedak' Najib, Presiden PAS itu secara sinis memulangkan soalan siapa yang mula mengajar memberi dedak sebelum ini?.
 
"Kerana PAS tidak makan dedak maka dengan itu PAS boleh teruskan perjuangan tak ada politik wang, politik BR1M, siapa yang ajar?.
 
"Selagi tak mengubah pendekatan, tak ubah perangai, selagi itulah perkara ini akan berlaku," ujar beliau.
 
Mengulas saranan bekas Ketua Hakim Negara Tun Abdul Hamid Mohamad agar UMNO dan PAS berganding demi mengukuhkan kedudukan Melayu dan Islam, Abdul Hadi berkata:
 
"Kita ada garis panduan dalam al-Quran, kembali kepada al-Quran, hadis sepenuhnya barulah kita boleh bersatu.
 
"Kita tak gopoh, seperti mana rang undang undang persendirian, itu satu langkah kerjasama sangat baik dan positif," katanya merujuk laluan yang diberikan oleh kerajaan baru-baru ini untuk beliau mengemukakan Rang Undang-Undang Persendirian bagi meminda Akta Mahkamah Syariah di Dewan Rakyat.
 
Pada sesi 'walkabout' itu, jentera parti menawarkan beberapa aktiviti kepada orang ramai termasuk pemeriksaan kesihatan dan menukar minyak hitam motor secara percuma.
 
Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Sungai Besar menyaksikan pertembungan tiga penjuru antara Barisan Nasional (BN), PAS dan Parti Amanah Negara (Amanah) berikutan kematian Tan Sri Noriah Kasnon dalam nahas helikopter di Sebuyau, Sarawak 5 Mei lalu.-12/6/2016


4 Responses

  1. Anonymous says:

    Tun M datang dengan tangan kosong siapa nak pandang. Lain la orang tu sampai 8 kali jumpa kot!!!

  2. Anonymous says:

    Asal nak beegabunh ngan umno je mesti pikir dasar segala bagai...bila bergabunh ngan pkr n dap awat xpiki pasal dasar semua tu..ckp xserupa bikin punya pemimpin..

  3. PEMIMPIN YANG MENYATAKAN RAKYAT BIASA TERIMA BRIM ATAU TERIMA BANTUAN KERAJAAN SEBAGAI PEMAKAN DEDAK SEBENARNYA MEREKA TELAH MENGHINA MANUSIA DAN MAKHLUK SELURUH ALAM .SEBAGAI RAKYAT@MANUSIA SUDAH MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMIMPIN MEMBERI BANTUAN HATTA DEDAK HATTA TAHI KAMBING SELORI SETIAP SEORANG UNTUK RAKYAT MENONGKAT BANGUN,

  4. Pak Pandir Hadi.. says:

    Hadi tak reti eknomi. Najib hilang 60 billion bukan paka pandir ni faham!
    Yang Lebai terengganu ni tahu kejor pompuan cantik, tangkap pompuan je...bodus..
    Jamil Khir, Asyraf Dusuki cuma minat skodeng orang seks. Allah suruh nahi mungkR...kata Asyraf..
    Main golf buang masa tu perangai setan si Jamil pendek tu ok pula..

Leave a Reply

Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.