..

..

DI MANA KELIBAT MB SELANGOR AZMIN ALI BERKEMPEN DI #PRKSUNGAIBESAR ?

on Saturday, June 11, 2016 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment






Pelik bin ajaib juga di sebuah PRK , seorang pemimpin No 1 negeri tidak turun membantu kempen parti sekutunya bertanding .

Itu berlaku kepada Azmin Ali MB Selangor yang tidak turun berkempen di PRK Sungai Besar. Jika sebelum di PRK Permatang Pauh , Guan Eng selaku Ketua Menteri P.Pinang turut membantu kempen memenangkan Wan Azizah .

Azmin sebelum dikatakan tidak merestui calon PAN bertanding di sini kerana merasakan calon PKR lebih layak . Apakah kem Azmin sedang mensabotaj jentera Pakatan Harapan di Sungai Besar ?



Pastinya rakyat yang menjadi pengundi di Sungai Besar akan memilih wakil rakyat yang boleh  membela nasib  mereka iaitu BN  berbanding calon pembangkang yang tidak mendapat sokongan kerajaan negeri .





Pengerusi Pemuda Barisan Nasional (BN) Khairy Jamaluddin berkata ketidakhadiran Azmin juga menggambarkan seolah-olah menteri besar itu tidak mahu memberikan komitmen terhadap pengundi di Sungai Besar.

"Saya tidak tahu kenapa, tapi dia (Azmin) tidak ada oleh kerana masalah yang berlaku dalam Pakatan Harapan hari ini di mana calon yang bertanding (bagi Pakatan Harapan) di sini tidak direstui oleh beliau.

"Jadi jangan ingat kalau kita bagi sokongan kepada PAN (Amanah) kerajaan negeri akan bantu kita (pengundi Sungai Besar)," katanya semasa berucap pada majlis penyampaian peralatan sukan kepada persatuan belia pelbagai kaum di Sekinchan, di sini hari ini.


PKR sebelum ini 'tersepit' dengan perbalahan antara Pas dan Pakatan Harapan yang dianggotainya dengan DAP dan Amanah, termasuk dalam soal pemilihan calon bagi PRK Sungai Besar.

Azmin juga dikatakan mengelak daripada media selepas timbulnya isu dakwaan rasuah dalam kerajaan Selangor susulan pendedahan Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli baru-baru ini.

Azmin yang juga Timbalan Presiden PKR hadir di Sungai Besar pada hari penamaan calon, 5 Jun lalu, namun selepas itu tidak kelihatan sepanjang tempoh berkempen sehingga ke hari ini.

Khairy yang juga Ketua Pergerakan Pemuda Umno berkata komitmen rendah yang ditunjukkan menteri besar itu berbeza dengan pemimpin-pemimpin BN, termasuk menteri-menteri kabinet yang telahpun turun untuk mengadakan pelbagai program di Sungai Besar sejak sebelum hari pencalonan sehingga kini.
Katanya, ia sekaligus menunjukkan komitmen kerajaan persekutuan terhadap pengundi di Sungai Besar yang akan berterusan sehingga selepas hari pengundian pada 18 Jun nanti.
"Saya rasa selepas media melaporkan ucapan saya hari ini (berkenaan ketiadaan Azmin di Sungai Besar), esok mungkin dia akan hadir, tapi dia datang bukan sebab rakyat Sungai Besar, tapi sebab saya cakap dia tidak hadir," kata Khairy sambil disambut sorakan orang ramai di majlis itu.
PRK Sungai Besar diadakan berikutan kematian penyandang kerusi itu, Tan Sri Noriah Kasnon dalam nahas helikopter di Sebuyau, Sarawak pada 5 Mei lepas.
Pada PRK ini, BN diwakili Adun Sungai Panjang Budiman Mohd Zohdi yang akan berdepan pertandingan tiga penjuru dengan calon
Amanah Azhar Abdul Shukur dan calon Pas Dr Abdul Rani Osman. – Bernama


One Response

  1. Anonymous says:

    Kalau dia turun kau kata mcm2..
    Dia x turun pun kau kata..aduhh..

Leave a Reply

Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.