..

..

CALON PAS BUAT HAL , HADIR PROGRAM KEMPEN PAN #PRKSUNGAIBESAR

on Wednesday, June 15, 2016 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments





Agak mengejutkan kehadiran calon PAS PRK  Sungai Besar, Dr Abdul Rani Osman dalam program kempen   anjuran Pakatan  Harapan .
Majlis itu dihadiri beberapa pemimpin PKR termasuk Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Azmin Ali calon Parti Amanah Negara (PAN), Azhar Abdul Shukur serta Adun  DAP Sekinchan Ng Sue Lim.
Azmin dilihat melayan mesra dengan Dr Rani Osman walaupun beliau bertanding sebagai calon .

Jawapan selamat oleh  Dr Abdul Rani kepada  media berkata kehadiran beliau pada majlis anjuran PH yang majoriti hadirin adalah daripada PAN atas alasan selaku orang awam.
“Saya datang sebagai rakyat yang nak bertemu Menteri Besar, tak salahkan?


Apa kata kepimpinan PAS tentang isu ini ? Ramai penyokong PAS sebelum ini  sendiri  memperkatakan bahawa Rani adalah orang yang  berbaju PAS tapi berhati PAN .

Kehadiran beliau ke kempen parti lawan PAN  menandakan beliau masih lagi  ada hati dengan Pakatan Harapan dan tentunya ia  mengecewakan jentera dan  penyokong PAS.








Leave a Reply

Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.